Klik Jangan Tak klik!

Followers

Monday, April 18, 2011

KONTROVERSI NOVEL SHIT VS NOVEL INTERLOK

PERBANDINGAN KONTROVERSI NOVEL SHIT(SHAHNON AHMAD) DENGAN NOVEL INTERLOK(ABDULLAH HUSSAIN) DALAM MEMASYARAKATKAN PENGAJIAN KESUSASTERAAN DAN BAHASA MELAYU

                              Prof.Madya  Dr.   TALIB  SAMAT
                              Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
                              Fakulti  Bahasa dan Komunikasi
                              Universiti  Pendidikan Sultan ldris


1.0    Pendahuluan

Sejarah  kesusasteraan Melayu  moden  mencatatkan  dua  buah  novel  hasil   karya  dua
orang Sasterawan Negara iaitu  Sasterawan  Negara Shahnon  Ahmad   menerusi  novel-
nya  Shit(1999) dan Sasterawan  Negara  Abdullah  Hussain  menerusi  novelnya lnterlok
(Edisi  Murid) terbitan DBP(2010) telah  mencetuskan  kontroversi  dan  kegemparan yang tersendiri  pada era  masing-masing. Kontroversi novel  Shit dihangatkan oleh orang-orang  politik UMNO  dan PAS berikutan  penggunaan perkataan PM @pukimak oleh Shahnon  Ahmad .Manakala  kontroversi  novel  Interlok   dicetuskan oleh ahli-ahli Parti MIC dan   NGO India  khususnya  serpihan  Hindraf  yang meminta  perkataan paria digugurkan daripada  teks  novel  itu  yang  dianggap  menghina  mereka.Ahli-ahli serpihan  Hindraf  juga  meminta novel  lnterlok karya Abdullah  Hussain digugurkan sebagai  teks KOMSAS  dan  diharamkan  penggunaannya oleh  para pelajar  mahupun rakyat  Malaysia.

2.0    Kontroversi  Novel  Shit

Novel  Shit karya  Shahnon  Ahmad pada  tahun 1999  terilham  daripada pergolakan politik semasa  dewasa itu  yang “menandakan  satu  episod politik yang dahsyat; kesan daripada pergolakan politik  yang  melibatkan tokoh, parti  politik dan  rakyat umum. Karya  ini adalah  satu  bentuk  sindiran atau  satira  yang amat kasar,keras  dan memualkan.”(Mohd.Yusof  Hasan,  2009:193).

                          Kontroversi  novel  Shit digemparkan   dengan penggunaan  najis tahi sebagai  watak-watak  utama dan  sampingan  untuk  menggambarkan keburukan dan kebusukan  realiti  politik  Malaysia  dewasa itu  yang  berpunca  daripada peristiwa penyingkiran Datuk  Seri  Anwar  Ibrahim oleh Tun  Dr.Mahathir  Mohamad  yang  kini sudah  menjadi  catatan  sejarah negara  Malaysia.

                         Watak  dalam   novel kontroversi Shit  ini ialah Shit@PM dan para penyokongnya  seperti  Media, Si  Menteri,Sasterawan Tua,Main Buntut(MB), Anggota Majlis  Zenith,Si Ketul  Badut,Si Ketul  Dongkiang,Si Dongok  dari  blok    utara. Manakala  watak  yang  menentang Shit diberi  nama Wirawan  yang dikaitkan  dengan Datuk  Seri  Anwar  Ibrahim.Manakala  watak  Shit@PM dikaitkan  dengan  Tun Dr. Mahathir  Mohamad.Semua watak  ini  adalah ketulan  najis yang terdapat  di dalam perut  manusia.

                        Peristiwa  penyingkiran Datuk  Seri  Anwar  Ibrahim daripada Parti UMNO dan  barisan kabinet kerajaan Malaysia  pimpinan bekas  Perdana  Menteri Tun Dr.Mahathir  Mohamad  pada  2  September 1998 telah  mencetuskan  ilham kepada Shahnon  Ahmad  untuk  menghasilkan  novel  Shit seperti  yang diakuinya dalam wawancara majalah  Tamadun,Suria  Janib dan Rosmida  Abdul  Rahman iaitu:


Sebenarnya  Cikgu  mendapat  idea mengarang  buku Shit  tidaklah  lama.Pada  bulan  September 1998 setelah  Anwar disingkir. Semenjak itulah Cikgu  mula berfikir untuk  menghasilkan sebuah novel .Sebenarnya timbul  idea memberi  tajuk Shit(tahi) adalah datang  daripada  mereka  sendiri iaitu  pemimpin  yang  korupsi,gila kuasa,gila  harta dan tidak  adil.Mereka yang support atau memberi  idea kepada Cikgu.Sebenarnya  merekalah  Shit,merekalah yang  memberi Shit  kepada Cikgu.

                                                                        (Tamadun, Jun  1999)


                      Peristiwa  penyingkiran   Datuk  Seri  Anwar  Ibrahim yang digambarkan menerusi  watak  Wirawan digambarkan  dengan  teknik satira  juvenilia seperti  berikut:

Perihal yang  unik dan  luar biasa ini  memang Wirawan tolol betul,fikir PM.PM tak  sangka Wirawan  benar-benar  tak  ada selera untuk bersama dalam  projek MKKM itu. Apakah  penolakannya sesuatu yang  berlandaskan realiti  atau  hanya sebagai  satu  strategi politik PM sukar  memastikannya.lnilah yang  menambahkan  lagi  hantu-hantu  dalam  bayangan ketakutan  pada  diri  PM  sendiri.Tak  apa kalau  Wirawan  sekadar  tolol sendiri-sendiri  tapi  kini Wirawan nampaknya cuba  memalitkan ketololannya kepada ketulan taik lain di  batang  taik  yang  selama  ini  dalam  kapukannya.lni  juga dibimbangkan  oleh PM .PM  memang  cukup  takut  tentang  konspirasi begini  kerana akhirnya  dia akan  tinggal  seketul diri sebagai  kepala  taik.

                                                                  (Shit, 1999:145-146)

                    Penerbitan  novel Shit pada  bulan  April  1999 bukan  sahaja memperlihatkan kesensitifan Shahnon  Ahmad memanfaatkan isu  politik  semasa tetapi juga untuk memanfaatkan strategi  pemasaran  novel  ini  yang  berjaya  dijual  sebanyak 130,000 naskhah(Tamadun,Jun 1999:10) yang  merupakan jualan  yang  besar bagi  sebuah novel  Melayu yang  bukan  buku  teks  sekolah.

Kehangatan isu  politik ini dewasa  itu(pertentangan  Mahathir-Anwar) melariskan  jualan  novel  Shit yang  diterima dengan  pelbagai  perspektif pro dan kontra oleh  masyarakat  pembaca termasuk  golongan  yang  mencadangkan agar  novel  Shit diharamkan  kerana melanggar etika budaya  Melayu dan  mencetuskan kemarahan  pemimpin dan  ahli-ahli UMNO  khususnya bekas Perdana  Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad .Kontroversi  novel  Shit  ini  juga  menyebabkan pengarangnya, Shahnon  Ahmad  terpaksa  melepaskan  jawatannya daripada jawatan pensyarah Universiti  Sains Malaysia dan  menceburi   dunia politik sepenuh  masa khususnya Parti  PAS.

                     Pelbagai  reaksi dan  tanggapan masyarakat  pembaca  termasuk meminta  novel  Shit  diharamkan ketara dalam  beberapa  laporan akhbar  tempatan. Antaranya   termasuklah berita “KDN Diminta  Haramkan Novel  Terbaru Shahnon” (Utusan  Malaysia, 21  April 1999), “Novel  Shit Akan Dikaji KDN”(Utusan Malaysia, 22 April  1999), “Shahnon Mungkin  Dikenakan  Tindakan”(Utusan  Malaysia, 24 April 1999), “Haramkan  Novel  Shit”(Utusan  Malaysia, 25 April 1999),”Shit Tidak Perlu  Diharamkan-Zainuddin”(Utusan  Malaysia, 26  April 1999), “Najib Haramkan   Shit  di  Sekolah”(Utusan  Malaysia, 4  Mei  1999),”Kit Siang Cadang Shahnon Didakwa”(Berita  Harian, 4  Mei  1999), “UMNO  Tidak  Minta Kerajaan Haramkan Shit”(Utusan  Malaysia,  4  Mei  1999)  dan sebagainya.Kebanyakan tajuk berita  ini  dikeluarkan  oleh  akhbar yang pro  dan  menyokong  pemerintah.

                     Tajuk-tajuk  berita dan  laporan  akhbar tempatan  secara  tidak langsung menunjukkan  kehangatan  kontroversi yang dicetuskan  oleh  novel  Shit ke  atas minda pembaca sehingga meminta  Kementerian  Dalam  Negeri mengharamkannya meskipun tidak  dilakukan oleh  kerajaan atas  alasan  “pendemokrasian bahan-bahan bacaan”(wawancara dengan  Jaafar  Abdul  Rahim, 28  Mei  1999).

                      Manakala  “pihak  yang bersifat pro  terhadap  karya  Shahnon  ini  adalah  terdiri  ahli-ahli  politik parti  pembangkang”(Mohd.Yusof Hassan, 2009:195) khususnya Parti PAS .

                      Di  samping  itu  pihak  yang  menyokong  kehadiran  novel Shit dalam  masyarakat  Malaysia  yang bersifat  terbuka ketara  dengan  kenyataan seperti “kita  perlu  tersindir dengan  Shit”, “Mesej Shit  lebih  penting”, “Shit: novel satira-komedi  politik”, “penerbit Shit  dakwa tiada  isu kontroversi”,”Shitan artistic portrayal of society’s  foulness”. “novel praised as “meaningful contribution to  society”, “tangani   isu  Shit  dengan  waras”, “olahan sistem pencernaan secara  kreativiti”, “Shahnon raja  novelis  Malaysia”  dan banyak  reaksi tentang  novel  tersebut dalam  akhbar dan  majalah.”(Mohd.Yusof Hassan,  2009: 195).

                      
3.0    Kontroversi  Novel  Interlok Karya  Abdullah  Hussain

Kontroversi  novel  Interlok   karya  Abdullah  Hussain  yang terpilih  sebagai  teks KOMSAS(Komponen  Sastera  Dalam  Bahasa  Melayu)  yang  digunakan di Tingkatan Lima di Sekolah-sekolah  Menengah  di  Wilayah  Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya  tercetus apabila  ianya dipolemikkan  oleh anggota-anggota Parti  MIC dan serpihan  Hindraf  berhubung   penggunaan perkataan “paria”  dalam novel  tersebut.Novel  ini  sudah  dicetak  pada  tahun  1971  tetapi tidak  menimbulkan sebarang  kontroversi  kerana  ianya  tidak  digunakan  sebagai  teks  pelajaran dan terbiar  begitu    sahaja.Apabila  sesebuah  novel  teks  KOMSAS  para  pelajar  akan mengkajinya ayat  demi  ayat  untuk  lulus  peperiksaan SPM.  Sekiranya  diteliti penggunaan novel  lnterlok  hanya  memberi  di  sekitar  8 markah  sahaja  tetapi keributan  yang ditimbulkannya  bergegar  hampir  ke  seluruh  negara.

                   Di  antara  bahagian  novel  lnterlok yang  mencetuskan  kontroversi menurut tanggapan masyarakat  lndia yang  diwakili Parti  MIC  dan  serpihan  Hindraf ialah dalam  petikan  berikut,


Di  dalam  kapal  ini  dia  tidak  susah.Sebahagian besar daripada penumpang dek yang  bersama-samanya itu  dapat bercakap dalam satu bahasa  sahaja, bahasa  Tamil.Mereka yang dari arah ke  utara sedikit  bercakap bahasa Malayalam  atau  Telugu, tetapi  hampir semuanya tahu  bahasa Tamil.Malayalam  dan Telugu pun berasal dari satu  rumpun bahasa  Dravidia.Satu  perkara besar yang membuatkan  mereka  senang bergaul adalah  kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.Mereka  tidak  perlu  takut akan mengotori sesiapa  kalau  bersentuhan.Mereka  juga  bebas bergaul tempat  di  dalam   kapal  itu  tidak  teratur.Mereka berasak-asak seperti  kambing.

                              (Interlok(Edisi  Murid), 2010:  211)

Manakala  bahagian  lain  yang dianggap tidak  kurang  kontroversinya menurut  kacamata  masyarakat  lndia dan  MIC  ketara  dalam  petikan  berikut,

Muka orang-orang itu tidak  begitu  jernih.Ada satu perasaan yang  tidak  senang mengganggu sanubarinya.Tiada seorang pun tersenyum.Maniam tidak  berani membuka mulut untuk bertanya. lngatannya  tiba-tiba  kembali  ke  rumahnya.Adakah lembu tuanya mati ?  Lembu tua itu selalu dianggap sebagai  barang yang  bertuah. Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi  orang Hindu; dan kalau binatang ini  mati, seperti ibunya  sendiri  yang  mati.

                            (Interlok(Edisi Murid), 2010: 220)


                     Kontroversi  yang  melanda  novel  Interlok dipanaskan  lagi  dengan pembakaran  novel  itu oleh  sekitar    100  orang  lndia  di Klang, Selangor  yang disaksikan  sendiri  wakil  rakyat  kawasan  itu.Pembakaran  novel  lnterlok diperhebatkan  lagi  dengan  pembakaran  potret  Abdullah  Hussain dan  lontaran kata-kata menghina terhadap  Sasterawan  Negara  berusia  91  tahun.Kontroversi ini  juga menyebabkan  nama  Sasterawan  Negara  Abdullah  Hussain  yang seperti sudah  dilupakan  dikenali  semula dan  namanya  meniti  dari  bibir ke  bibir pelbagai  lapisan rakyat  negara  ini  meskipun  beliau  sudah  berkarya  sejak  tahun 1939.Kontroversi novel  Interlok  juga  menyebabkan  mereka  yang selama  ini memandang    remeh  kesusasteraan Melayu  mulai  membuka  mata  dan  tercari-cari novel  tersebut  untuk  dibaca  dan  diketahui  apa  yang  terkandung  di  dalamnya. Begitu  juga  ruangan  sastera  yang selama  ini  kekurangan  berita sastera  yang  boleh menarik  pembaca  memperoleh  bahan  cerita  untuk  melariskan  jualan  akhbar masing-masing yang  merosot  berikutan  kemunculan  media  baru seperti  facebook,blog,twitter  dan  sebagainya  yang  mencabar  minda.

                           Di  antara  berita-berita  dan  rencana yang  memaparkan  kontroversi melanda  novel  lnterlok  termasuklah “GAPENA Pertahankan Interlok”(Utusan Malaysia, 8 Januari  2011), “Novel Interlok Karya  Bagus”(Utusan Malaysia, 6 Januari 2011), “Novel lnterlok Dibakar”(Mingguan Malaysia, 9  Januari  2011), “PENa Mahu lnterlok Kekal Teks  KOMSAS”(Berita Minggu,  9 Januari  2011),”Mengunci Novel Interlok”(Berita Minggu, 9 Januari  2011), “Interlok Jadi  Mangsa  Politiking”(Siasah, 7-13 Januari  2011), “Jawatankuasa Khas  Kaji Novel  lnterlok”(Utusan Malaysia, 7 Januari 2011), “Kaji Semula  Novel lnterlok”(Utusan Malaysia, 7  Januari  2011), “lnterlok Kekal  Sebagai  Teks”(Berita  Harian, 26  Januari  2011), “Kasta Dalam Karya Perkara Biasa”(Berita  Harian, 27  Januari  2011), “lnterlok Mangsa  Prasangka Liar Manusia  Jahil”(Utusan  Malaysia, 21  Januari  2011), “MCA  Pertahan lnterlok,Tiada Elemen Rasis”(Utusan  Malaysia, 12  Januari 2011), “Rais:’Biarkan  Perenggan ltu” (Utusan Malaysia, 12  Januari  2011),”MB Perak: Jangan  Apikan Sentimen Kaum” (Utusan  Malaysia,  12 Januari  2011), “MB  Selangor Tak  Setuju  Haramkan”(Utusan Malaysia, 12  Januari  2011), “Dusta Jika  Anggap  lnterlok  Tidak  Baik”(Utusan Malaysia, 12  Januari  2011), “Gagasan Desak  Kementerian Pelajaran   Jangan  Layan” (Utusan  Malaysia, 12  Januari  2011), “Persatuan Dinamik lndia  Gesa Masyarakat lndia Terima  Realiti  Sejarah”(Utusan  Malaysia, 12  Januari  2011), “17 NGO Hantar Memorandum Pada PM,TPM”(Utusan  Malaysia, 12 Januari 2011), dan “Laporan lnterlok ke  Kabinet”(Utusan  Malaysia,  12  Januari  2011).

                           Di  samping  itu  terdapat  juga berita  atau  rencana  lain  yang menyentuh  kontroversi  novel  lnterlok  yang  mempopularkan  semula  nama Abdullah  Hussain  yang sudah  hampir  dilupakan  atau  tenggelam di  fikiran masyarakat  pembaca buku  negara  ini. Di  antaranya  termasuklah “MCA,PKR  NafiTeks Bersifat  Perkauman”(Berita  Harian, 12  Januari  2011), “Memorandum 13 NGO Gesa  Kekal  Novel”(Berita  Harian, 12  Januari  2011), “Laporan  lnterlok Diserah ke Kabinet”Novel Cetus  Kontroversi Akibat  Dipolitikkan”(Berita Harian, 12 Januari  2011), “Elok Fahami lnterlok, Bukannya  Bakar”(Utusan  Malaysia, 12  Januari 2011),“Lihat Sisi  Positif  Novel lnterlok”(Harakah,17-20  Januari  2011), “Pemimpin  Pakatan Rakyat Perlu  Rasional Dalam  lsu  lnterlok”(Harakah, 17-20  Januari  2011), “lnterlok, Kayu Aras Penguji  Kesabaran Setiap  Ahli Masyarakat”(Harakah, 17-20  Januari  2011), “Kerajaan Mesti Pertahan  lnterlok”(Siasah, 14-20  Januari  2011), “PPJ  Buat Laporan Polis”(Siasah, 14-20  Januari  2011), “Saya  Bukan Hina  Kaum  lndia-Abdullah”(Siasah, 14-20 Januari  2011), “lnterlok  Mengajar  Kita Dewasa”(Berita  Harian, 13 Januari 2011), “Fakta  Sejarah Bina Tamadun Negara”(Berita Harian, 13 Januari 2011), “Interlok Wajar  Terus Jadi Teks Sastera  SPM”(Berita  Harian,  13  Januari  2011) dan  sebagainya. 

                 Novel  lnterlok  merupakan  novel  Abdullah  Hussain  yang paling  panas, kontroversi  dan  paling  mendapat  perhatian  daripada  masyarakat hingga  mendapat Iiputan paling meluas di  media cetak dan  elektronik  mengatasi  semua  novelnya  yang lain  mahupun  novel KOMSAS  yang  lain.

                  Senario  ini  ketara  dalam berita  dan  rencana seperti  “Tangani lsu  lnterlok Bagai  Menarik Rambut  Dalam  Tepung”(Harakah, 14-16  Januari  2011), “Dr.MariahTinggalkan  Majlis Sebelum lnterlok Dibakar”(Harakah,  14-16  Januari 2011),”Interlok Ke Mana Lagi la Mahu Dibawa ?”(Harakah, 14-16 Januari  2011), “Murugiah Singgung Perasaan Masyarakat  Melayu: Perkasa”(Sinar  Harian, 13  Januari  2011), “IKSEP  Sokong  lnterlok  Dikekalkan”(Sinar  Harian, 13  Januari  2011), “Jangan
Pula  Salahkan Saya”(Sinar  Harian, 13  Januari  2011), “Kavyan Kecewa Isu  Yang Menjadi  Pokok  Perbicaraan Terkeluar  Dari Landasan  Sebenar”(Sinar Harian, 13 Januari  2011), “lnterlok  Mangsa Politik  Sempit”(Utusan  Malaysia, 13  Januari 2011), “Ramai  Bertanyakan  Interlok Di Kedai  Buku”(Utusan  Malaysia, 13  Januari 2011), “Kementerian  Perlu Jaga  Perasaan  Kaum  Sebelum Pilih  Buku”(Utusan Malaysia, 13  Januari  2011), “Jangan Layan Desakan”(Utusan Malaysia, 14  Januari 2011), “Murugiah:Pengadu Ugut Bakar Bukan  Saya”(Utusan  Malaysia, 14 Januari 2011), “Yayasan 1  Malaysia Sokong  Dialog, MIC  Lantik  Panel”(Utusan  Malaysia, 13 Januari  2011)  dan “Jelaskan  Paria Elak  Keliru”(Utusan  Malaysia, 14 Januari 2011).

                             Kepopularan  Abdullah Hussain ekoran  kontroversi  novel lnterlok karangannya ketara  dalam berita  dan  rencana  lain seperti “lnterlok Diiktiraf Sastera Nadir”(Berita  Harian, 15  Januari  2011), “lnterlok,lnterlok-o-phobia Dan Sauberung Sastera”(Utusan Malaysia, 14  Januari  2011), “Tidak  Perlu Pasukan  Pengkaji Untuk Nilai  Semula,Ubah  Kandungan lnterlok:Kerajaan Jangan  Ketar  Dagu”(Utusan Malaysia,  13  Januari  2011),  “Air  Mata  Sasterawan”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “lnterlok Sekadar  Karya Sastera”(Utusan  Malaysia, 11 Januari  2011),  “lnterlok: 7 NGO  Gesa  Meja  Bulat”(Berita  Harian, 11 Januari  2011), “Di  Sekitar Novel nterlok”(Berita  Harian,  11  Januari  2011)  dan  “Novel lnterlok Mangsa Politik”

(Utusan  Malaysia, 11 Januari  2011).

                            Kemasyhuran  novel  lnterlok ekoran  kontroversi yang tercetus embolehkan  ruang  sempit dan  terhad terhadap  perbincangan  karya sastera  selama ini bagaikan lebih luas  dan  terbuka. Hal  ini ketara  dengan penyiaran berita  tentang Abdullah  Hussain dan  kontroversi  novelnya  lnterlok  seperti “lsteri Bimbang Kesihatan Abdullah  Hussain”(Utusan Malaysia, 11 Januari  2011), “Persoal Kenapa Tiada Bantahan Ketika la Diterbitkan  40 Tahun  Lalu:6 NGO Pertahan  Novel  lnterlok” (Utusan  Malaysia, 11 Januari  2011), “Perkasa Mahu Kerajaan Bertegas”(Utusan Malaysia, 11  Januari  2011), “Bakar  Novel  Tindakan  Menakutkan-Mohd.Asri” (Utusan  Malaysia,  11 Januari 2011), “Hanya Perlu Dijelaskan, Bukan Dibuang” (Utusan  Malaysia, 11 Januari  2011), “Realiti  ,Bukan  Penghinaan”(Utusan  Malaysia, 11 Januari  2011), “MIC  Minta  Ubah  Kandungan”(Utusan  Malaysia,  11  Januari 2011), “PERKASA,KEMUDI Buat Laporan Polis”(Utusan  Malaysia,  11 Januari 2011) dan “Tak  Mesti  Setuju-Mariah”(Utusan  Malaysia, 11  Januari  2011).

                                 Ruang  sempit  dan terbatas kupasan terhadap sesebuah  novel mahupun kegiatan  sastera hasil daripada kontroversi ini  memecahkan benteng  dan tembok  halangan dengan meluasnya berita terhadap  novel  lnterlok  yang  tidak dinikmati  oleh novel  yang  lain  di  negara  ini  dewasa  ini.

                                 Hal  ini  ketara dalam berita dan  rencana  yang  tersiar  seperti “Tindakan Bakar lnterlok Dikutuk”(Utusan  Malaysia,  10  Januari  2011),”Novel lnterlok Patut Dibaca-Baradan”(Utusan Malaysia,  10  Januari  2011), “Bakar lnterlok Biadab, Kurang  Ajar-GAPENA”(Utusan  Malaysia, 10  Januari  2011), “Interlok Papar   Fakta  Sejarah, Tidak  Menyentuh Sensitiviti  Kaum”(Utusan  Malaysia, 10 Januari  2011), “PELITA  Desak  Jangan  Tunduk.”(Utusan  Malaysia, 10  Januari 2011 ) dan “PAS Minta  Runding  Isu  lnterlok”(Berita  Harian, 10  Januari  2011).

                                  Ruang  sempit,terhad dan  terbatas  terhadap bidang  kesusasteraan selama  ini  digemparkan dengan  kontroversi  novel  lnterlok.Hal  ini  ketara  dalam berita  dan  rencana seperti  “lnterlok Bela  Masyarakat Bawahan  Semua Kaum”(Berita Harian, 12  Januari  2011), “Temui  MIC  Bincang lsu  lnterlok”(Berita Minggu, 16  Januari  2011), “NGO Bantah  Bakar  Novel “(Berita   Minggu, 16 Januari 2011), “Isu  lnterlok Pikat  Generasi  Muda Baca Sastera  Melayu”(Berita  Minggu, 16 Januari  2011), “Pihak  Sengaja Pertikai  Amalan  Kasta Dianggap  Buta  Sejarah” (Berita Minggu, 16  Januari  2011  )”Apa  Didendam  Pada  Sejarah ?”(Berita  Harian,      17 Januari  2011)  dan “Semangat  Toleransi  Kaum  Makin Terhakis”(Berita Harian, 17 Januari  2011).

                           Kontroversi  hebat  novel  lnterlok  menumbuhkan  minat  masyarakat terhadap karya  sastera dan penulisnya, Abdullah Hussain.Hal  ini  ketara dengan penyiaran berita  dan rencana seperti berikut  “Tragedi  Novel  Hebat  Dunia”(Berita Harian, 25  Januari  2011), “lnterlok:Isi  Vs  Tafsiran”(Berita  Harian, 24  Januari  2011), “lnterlok Tepati Teks Sastera”(Mingguan  Malaysia, 13  Februari  2011), “Interlok: Apakah Sasterawan Bersedia  Menyusun  Tindakan Politik?”(Harakah, 4-6 Februari 2011), “Interlok:Dulu Betul Sekarang  Salah?”(Siasah, 21-27 Januari  2011), “Interlok Bukan  Novel  Rasis-Sarjana”(Siasah, 21-27  Januari  2011), “PENA Serah Memorandum lsu lnterlok”(Berita  Minggu, 6  Februari  2011),”Protes Politikkan lnterlok Jadi  Pentas Kecam Pakatan”(Harakah, 24-27  Januari  2011),  dan “Kebaikan lnterlok Terjejas Oleh  Blow  Up”(Mingguan  Malaysia, 6  Februari  2011).             
 
                            Kontroversi  hangat  novel  lnterlok  mendorong pelbagai  lapisan masyarakat  Malaysia  mengetahui  kewujudan  novel  ini  dan  secara  langsung mengenali  pengarangnya,Abdullah  Hussain  meskipun beliau  berkarya  sejak  tahun 1940 lagi.Hal  ini  ketara dalam  penyiaran  berita  dan  rencana di pelbagai  akhbar seperti “Kabinet Minta  Masyarakat  lndia Pilih  Wakil  Selesaikan Isu  lnterlok Berdialog. Dengan  Kementerian”(Utusan  Malaysia, 13  Januari  2011), “Novel  lnterlok Dibakar” (Mingguan Malaysia, 9  Januari 2011), “Hanya Boleh  Mengubah  Teks Novel Sekiranya Penulis  Bersetuju: GAPENA Pertahankan  lnterlok”(Utusan  Malaysia, 8 Januari  2011), “lnterlok Jadi  Mangsa Politiking”(Siasah, 7-13  Januari  2011), “Keputusan Penggunaannya Di  Sekolah Diketahui Tidak  Lama  Lagi:Novel lnterlok Karya Bagus”(Utusan  Malaysia, 6  Januari  2011), “Pertubuhan lndia Ancam Bakar lnterlok”(Siasah,7-13  Januari  2011), “Mengunci  Novel  lnterlok”(Berita  Minggu, 8 Januari  2011), ‘PENA Mahu  lnterlok Kekal  Teks KOMSAS:Novel  Tak Hina Mana-mana  Kaum”(Berita  Minggu, 9  Januari 2011), “Jawatankuasa Khas Kaji Novel lnterlok”(Utusan  Malaysia,  7  Januari 2011), “Kaji Semula  Novel  lnterlok:TPM- Unsur Sensitif Dalam Teks KOMSAS Perlu Diteliti Elak  Jejas Keharmonian  Kaum” (Berita Harian, 7  Januari  2011),”Renungi  lnterlok, Muhasabah Diri”(Berita  Harian, 6 Januari  2011), dan “PAKSI  Minta Kementerian Tolak  Syor  Tarik lnterlok” (Berita  Harian,6 Januari 2011)

                        Liputan meluas dan  berterusan  kontroversi novel  lnterlok  mendorong masyarakat  pembaca  tercari-cari  di  mana  boleh  dibeli  dan  diperolehi  novel  ini.Hal ini  merupakan  semacam  publisiti  pasaran  untuk  novel  lnterlok yang  tidak diperoleh oleh  novel  lain.Telitikan  berita  dan  rencana  berikut  seperti “MIC  Yakin lnterlok Tidak Pengaruhi  Undi”(Sinar  Harian, 16  Januari  2011), “Pak  Lah Terpenjara” (Sinar  Harian, 16  Januari  2011), “lnterlok Layak  Digunakan  Pelajar”(Sinar  Harian, 16Januari  2011), “Keluarga  Risau  Diganggu”(Sinar  Harian, 16  Januari  2011), “Isu  lnterlok Untuk  Alih  Masalah  Sebenar”(Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “Semakin Berhantu”(Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “Saya  Menulis  Realiti Masyarakat”(Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “PRIMA Ajak  GAPENA,PENA Berdebat”(Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “lnterlok ltu Sastera, Bukan Politik” (Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “PAS  Anjur  Pertemuan  Muhibah”(16  Januari 2011), ‘GAPENA   Desak TPM  Ambil  Tindakan”(Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “Jangan  Politikkan Bapa Saya:Thariq”(Sinar  Harian, 16  Januari  2011), “MIC  Mahu Perkataan Paria Digugur”(Sinar  Harian, 16  Januari 2011), ‘Kupas Secara lntelektual” (Sinar  Harian, 16  Januari  2011), “Dialog Kementerian MIC  Minggu Depan”(Sinar Harian, 16  Januari  2011), “Kedai  Buku di  Johor Bahru  Tidak Pernah Jual lnterlok” (Sinar  Harian,  16  Januari  2011), “Abang Saya  Tidak  Rasis”( Sinar  Harian, 16Januari  2011), “Mudah  Mesra, Tidak  Pilih  Kawan”(Sinar  Harian, 16  Januari 2011),”Interlok Tidak  Ditemui di Kota Bharu”(Sinar Harian, 16  Januari  2011), “Abdullah Cenderung Menggarap Tema  Perpaduan”(Sinar Harian, 16  Januari 2011), “Novel  lnterlok  Tidak Dijual:Banyak Kedai Buku Enggan  Menjualnya  Elak Kontroversi”(Sinar  Harian,  16  Januari  2011) dan “lnterlok :Dialog Dengan MIC Minggu  Depan”(Mingguan  Malaysia,16  Januari  2011).

                                     Polemik  dan kontroversi  novel  lnterlok  melibatkan  hamper semua  golongan  masyakat  di negara  ini  yang  merangsang  masyarakat  tercari-cari  novel  lnterlok.Hal ini  ketara  dalam  berita  dan  rencana  seperti  berikut, “Mereka Salah Faham”(Mingguan  Malaysia,  16  Januari  2011), “lnterlok dan Kasta”(Mingguan  Malaysia, 16  Januari  2011), “Bacalah  Novel Bukan  Membakarnya” (Mingguan  Malaysia,  16  Januari  2011), “Abdullah  Sedih Keikhlasannya Dipertikai” (Siasah, 21-27  Januari  2011), “Kontroversi lnterlok Tangani Dengan  Ilmiah, Jangan Dipengaruhi  Politik”(Kabar, 18-31  Januari  2011), “Cerita Sebuah Tragedi” (Utusan  Malaysia, 31  Januari  2011), “Persatuan  Bantah Pinda lnterlok”(Utusan Malaysia, 8  Februari  2011), “Blogger Harap  Karya  Abdullah  Hussain Tidak Disentuh,Diubah”(Utusan  Malaysia, 30  Januari  2011), “MPM  Bantah lnterlok Dipinda”(Utusan  Malaysia, 7  Februari  2011), “Interlok Mangsa  Manipulasi” (Utusan  Malaysia, 17 Januari  2011), “Kementerian  Pelajaran  Bincang  lsu lnterlok Esok”(Utusan  Malaysia, 17  Januari  2011), “MBM:Tidak Rendahkan Martabat  Kaum lndia”(Utusan  Malaysia, 17  Januari 2011), “Apakah Sebenarnya Agenda   Uthaya ?”(Utusan  Malaysia, 21  Februari  2011), “Interlok Yang lnterlocking” (Utusan  Malaysia, 14  Februari 2011), “Kisah  lnterlok”(Utusan  Melayu, 17 Januari 2011), “Sinopsis Novel  lnterlok Karya  Datuk  Abdullah Hussain”(Utusan  Melayu, 17 Januari  2011), “20 Ahli Panel Bincang  Buku Teks  KOMSAS”(Berita Harian, 17 Januari  2011), “lnterlok  Tak  Hina Martabat  Kaum”(Berita  Harian, 17  Januari 2011),”Rahmat di Sebalik Krisis lnterlok”(Dewan Sastera, Februari 2011) dan “Filemkan lnterlok”(Mingguan Malaysia, 27  Februari 2011).

                                       Kontroversi  novel  lnterlok  bertambah  hangat  kerana terdapat dua  kumpulan yang pro  dan  kontra dalam  mempertahankan  novel  itu agar  tidak dipinda perkataan paria  yang terkandung  di  dalamnya.Kumpulan  yang  mempertahankan  novel  lnterlok agar  tidak  diubah walau  satu  titik  koma  termasuklah  NGO Melayu  seperti  PENA,GAPENA,PERKASA, PELITA,ASASI, KEMUDI,PPJ dan sebagainya yang berjiwa Melayu.Manakala kumpulan yang kontra  dan  mahukan perkataan paria dibuang atau  dipinda  ialah MIC,salah  satu  parti   komponen  dalam Barisan  Nasional  sendiri.

                                      Malah jika menurut asal kontroversi  novel  lnterlok itu  sendiri, ahli parti MIC  itulah  yang  memulakannya.Hal  ini  ketara  dalam  tulisan H.Fansuri yang bertajuk “Interlok: Apakah Sasterawan Bersedia Menyusun  Tindakan Politik” yang  menyebutkan  antara  lain, “Akhirnya,sedikit  demi  sedikit saya  mengetahui kisah  bagaimana  lnterlok  ini  meletup.Khabarnya, ada seorang  pengarang  lndia yang  menjadi Exco  Pemuda MIC.Kononnya beliaulah yang  menyebarkan  kisah bagaimana novel  ini dikatakan  telah ‘menghina’ bangsa  lndia  di  negara  ini.Menjadi kefahaman  umum bahawa, para pemimpin MIC ini  bukanlah ahli sasterawan dan mereka  bukanlah berminat  sangat dengan  kesusasteraan,hatta  sastera  lndia sendiri. Sebenarnya ,MIC  bukan  mewakili  kaum  lndia.Buktinya,tokoh gergasi  MIC Samy Velly tumbang dalam  pilihanraya  umum  lalu.Maka, tindakan  Muhyiddin selaku  Menteri Pelajaran berbincang dengan G Palanivel MIC, lalu  memutuskan pindaan ke atas lnterlok baru-baru  ini masih  boleh  dipertikai.”(Harakah, 4-6 Februari 2011).

                                   Sekiranya  diteliti  riwayat  hidup  Sasterawan  Negara Abdullah Hussain, beliau  bukanlah  sasterawan  yang ingin  mencetuskan  kontroversi  dalam berkarya tetapi  seorang  yang  ikhlas  dalam  berkarya  apalagi  beliau  pelopor gaya kewartawanan  baru  di  Malaysia.Beliau  juga  mempunyai  tujuan  murni  dan positif  mengarang  novel  lnterlok  pada  tahun   1967.Hal  ini  ketara  seperti  pengakuannya ,

Pada awalnya saya  fikir  apa  yang      saya mahu  tulis, dan saya mahu tulis tentang pelbagai  kaum di   negara ini terdiri dari Melayu, Cina  dan  lndia.la  ada  tiga bahagian,bahagian lnterlok jika dibaca ketiga-tiga  kaum ini  boleh  berkawan.ltu yang saya mahu tonjolkan, itu  saja.la bukan ada apa-apa  maksud terselindung.Apa  yang saya hasilkan adalah  orang Melayu,Cina dan  lndia cuba  membentuk satu identiti kebangsaan waktu lepas merdeka.Orang  Melayu  sebenarnya berlawan habis- habisan ketika  lnggeris  cuba menubuhkan Malayan  Union. Tapi  orang  lndia  dan  Cina tidak  terlibat sangat dalam perkara ini.Tetapi  mereka  tetap mengambil   bahagian.Selepas British  menarik   balik Malayan  Union, bukan orang Melayu saja  yang  menang tetapi orang Cina  dan  lndia turut  menang sama.ltu yang saya cuba  gambarkan.

(Mingguan  Malaysia, 16  Januari  2011,hlm.7)
 

                                   Kontroversi  yang berterusan  melanda  novel  lnterlok yang  tidak pernah diimpikan  oleh  Abdullah Hussain akan berlaku  dalam  hidupnya  menyebabkan kandungan  novel  lnterlok khususnya  di  halaman 211  dan  220 akan  dipinda,diedit dan  dibuang sejajar  dengan  keputusan Kabinet Kerajaan  Malaysia  untuk membolehkan  ianya  terus  digunakan  sebagai  teks KOMSAS  di Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya  dan  Negeri  Sembilan.Pembuangan  perkataan paria dan  beberapa  yang  lain daripada novel  lnterlok itu ditanggapi  oleh Abdullah  Hussain seperti  pengakuannya  sendiri  iaitu,

Bagi saya biarkan pihak yang  berkenaan memutuskan.ltu adalah hak Kementerian  Pelajaran,Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kabinet memutuskan  yang  terbaik.Bagi  saya terpulanglah apa pun keputusannya yang penting biarlah  keputusan itu  yang terbaik.

                                      (Mingguan  Malaysia, 16 Januari  2011, hlm.7)

                                 Novel  lnterlok  karya  Abdullah  Hussain   memang  amat memperjuangkan  perpaduan  kaum  di  negara  Malaysia  yang  tercinta ini tetapi menjadi  mangsa  politik MIC  yang  melihat ada keuntungan  politik sekiranya memanipulasikan novel  tersebut  sebagai  senjata  politik  dalam suasana politik Melayu  yang menurun, lemah  dan  berpecah –belah  dewasa  ini.Sekiranya ditinjau bahagian akhir novel  lnterlok karya  Abdullah  Hussain  memang terlihat  jelas unsur perpaduan  kaum di  negara  berbilang  kaum  ini  seperti ketara dalam petikan berikut,

Waktu Yew  Seng masih  di dalam  rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari  pekan  itu dan dari kampung sekitar telah mengumpulkan wang untuk  membeli kaki  kayu tersebut, tetapi Ching Huat  berkeras menolaknya.Dia  mahu  membeli sendiri.Dia ada wang.Dia tidak  mahu  menyusahkan  orang ramai  kerana  anaknya  itu, tetapi Lazim dan Raman  pun berkeras jugaMereka  mahu  menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diteruskan  kepada Yew  Seng, dan  dia  memilih kaki kayu yang akan diserahkan  oleh  masyarakat  Melayu dan lndia.Masyarakat Cina  di  pekan itu  ikut sama kemudian.  ltulah  kaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang. Yew  Seng berpaling  ke arah  Seman dan  melambai- lambai.Seman dan  anaknya ikut membalas lambaian  itu.

                                    (Interlok(edisi  murid), 2010: 418)   


4.0    Perbandingan  Kontroversi  Novel  Shit(Shahnon Ahmad)  Dengan  Novel lnterlok(Abdullah  Hussain)

Kontroversi  novel  Shit(Shahnon Ahmad)  yang  tercetus  pada  tahun  1999  telah menyebabkan  novel itu dicari-cari  ramai  orang  sama ada ahli-ahli  parti politik kerajaan(khususnya  UMNO)  mahupun parti pembangkang  (khususnya PAS) yang melihat novel  itu  membantu  secara  tidak  langsung  membantu  perjuangan  mereka untuk  menurunkan kuasa mengundi rakyat agar  memihak  kepada  mereka.Kontroversi novel  Shit  menyebabkan novel  itu disebut  oleh  Tun  Dr.Mahathir  Mohamad(bekas Perdana  Menteri ) di  Perhimpunan  Agung UMNO  pada tahun 1999.Meskipun ada desakan  agar  novel  itu  diharamkan, Parti  UMNO  bersifat  terbuka dengan terus membiarkan  novel  itu  dibaca oleh  rakyat  jelata  meskipun banyak  menyindir keburukan Parti UMNO dan Barisan  Nasional.

                              Kontroversi  novel  Shit  menyebabkan Shahnon  Ahmad  terpaksa melepaskan dan  meletakkan  jawatan sebagai  pensyarah USM dan  Pengarah  Pusat lslam dan  menceburkan  diri sepenuhnya  dalam parti politik  PAS.Beliau sempat menjadi   Ahli  Parlimen Kawasan Sik,Kedah selama sepenggal sahaja dan kemudiannya menumpukan  sepenuh  masa  kepada  dunia penulisan yang lebih serasi  dengan jiwanya bukan dunia politik yang penuh intrig  dan  cabaran  hebat.

                               Kontroversi   novel  Shit tidak ada  menyebabkan  novelnya dipinda isi  kandungannya tetapi dibiarkan bebas beredar  di  pasaran  terbuka  untuk  dibaca oleh mereka  yang berminat  dengannya.Hal  ini  sejajar dengan kebebasan berkarya  dan pendemokrasian pembacaan sewaktu  era Tun Dr.Mahathir  Mohamad.

                              Manakala  kontroversi  novel  lnterlok karya  Abdullah Hussain dicetuskan oleh  masyarakat  lndia  khususnya Parti MIC   dengan  menjadikan novel ini sebagai  mangsa politiknya untuk kepentingan strategi politiknya.Manakala ahli serpihan Hindraf meminta  novel  ini  diharamkan dan tidak  digunakan  sebagai teks KOMSAS.

                              Sesuatu  yang  menarik kebanyakan  parti-parti  politik seperti MCA, PKR, PAS, UMNO ,dan sebagainya  menyokong  novel  ini  terus  digunakan sebagai teks KOMSAS.Begitu  juga NGO-NGO  Melayu  yang  lain  seperti PENA,GAPENA,PERKASA,PKPIM,PPJ,KEMUDI,ASASI, PELITA,PAKSI  dan  sebagainya menyokong novel  lnterlok  terus  digunakan sebagai  teks KOMSAS Tingkatan Lima untuk bacaan para pelajar  sekolah.

                            Bagaimanapun  sesuatu  yang  bersifat  tragedi bagi  novel  lnterlok ialah  beberapa  kandungannya di  halaman 211 dan  220 terpaksa dipinda menurut arahan  Kabinet   Malaysia  sebagai  tolak ansur untuk  membolehkan ianya terus digunakan sebagai  teks KOMSAS  di   Tingkatan  5  sekolah-sekolah   di Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor  dan  Negeri  Sembilan.Pindaan halaman 211 khususnya perkataan “paria”  dan halaman  220  yang ada kaitan dengan kepercayaan Hindu atau  lainnya  merupakan  pengorbanan  seorang Sasterawan  Negara Abdullah Hussain terhadap tuntutan Parti MIC sebagai  syarat  penggunaannya agar terus  digunakan  apalagi kerajaan telah  berbelanja  besar untuk mencetak  novel  ini sebagai Skim Pinjaman Buku Teks.Begitu  juga  novel  ini  sangat  penting  untuk generasi  baru (pelajar Tingkatan 5)  masa kini tahu  asal-usul  sejarah  pembentukan  negara bangsa  Malaysia. 

                                
























5.0   
Sumbangan  Kontroversi  Novel Shit  (Shahnon Ahmad)  dan  Novel lnterlok

(Abdullah  Hussain) Kepada Pengajian Kesusasteraan dan Bahasa  Melayu


           Kontroversi  yang melanda kedua-dua  buah  novel ini  mendorong  masyarakat pembaca tertanya-tanya  bagaimana ianya  boleh diperolehi,dibeli dan  dimiliki  untuk  dibaca dan diketahui  kandungannya.Kontroversi yang tercetus  ini  secara  tidak  langsung menyuburkan minat  masyarakat untuk  membaca  karya-karya  sastera  yang menjadi bahan berita di  akhbar,media elektronik,laman blogger  dan  sebagainya.

                        Kontroversi  novel  Shit pada era 1999 mencetuskan  perdebatan ilmiah dan  popular sama  ada  di  institusi  pengajian tinggi atau  institusi  ilmu  seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti  Sains  Malaysia, Universiti  Pendidikan  Sultan ldris, seminar-seminar  sastera dan  pentas-pentas politik.Begitu  juga ada yang  membuat kajian  di  peringkat  ijazah sarjana muda,sastera dan ijazah doktor  falsafah terhadap  novel  Shit dalam bahagian tertentu  tesis  mereka kerana  ianya  adalah sejarah intelektualisme bangsa Melayu  dan  negara  Malaysia  yang  wajar didokumentasikan dan  kemudiannya  diterbitkan sebagai  buku untuk bacaan umum masyarakat Malaysia.

                      Begitu juga kontroversi  novel lnterlok yang  melanda  pada awal tahun 2011 mendorong pelbagai  diskusi,wacana  dan  perdebatan ilmiah diadakan  tentang isi  kandungan  novel  ini  sama ada di  Rumah  PENA, Kuala  Lumpur,  Rumah GAPENA Kuala  Lumpur, Balai  Berita The News Straits Times Press Bhd,Universiti Pendidikan  Sultan  Idris, Universiti  Malaya, Universiti  Sains  Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian,lpoh,Perak  dan  sebagainya.Penglibatan  pelbagai  golongan sarjana, penulis dan  pemikir  yang  membicarakan  novel  lnterlok daripada pelbagai tafsiran dan  sudut  pandangan  mendorong kebangkitan intelektualisme dan  minat mendalam  terhadap karya sastera khususnya lnterlok.

                      Kontroversi  novel  lnterlok  juga  mendorong  beberapa  orang  penulis dan  penerbit menghasilkan beberapa  buah  buku untuk  merakamkan dan mendokumentasikan peristiwa bersejarah  ini untuk rujukan  generasi terkemudian tentang  kehebatan  novel  lnterlok  karya Sasterawan Negara  Abdullah Hussain. Beberapa  buah  buku sedemikian khabarnya  akan  dilancarkan  di  Pesta  Buku  Kuala Lumpur  pada  bulan  April  2011.
 
                             Kontroversi  novel  lnterlok  juga mendorong  kepentingan mempelajari  ilmu  sejarah  tentang  sejarah asal-usul  kedatangan  kaum lndia, China  dan  lainnya  ke  Tanah  Melayu  pada  awal  abad ke-19  dan  ke-20.Hal  ini sejajar juga  dengan  langkah  mewajibkan subjek Sejarah(2012) sebagai wajib lulus di  peringkat SPM  agar  rakyat  dan  generasi  muda negara ini tidak buta sejarah, sedar asal-usul  diri  mereka dan tidak  menuntut yang  bukan-bukan seperti yang berlaku  sekarang  sedangkan bangsa Melayu adalah penduduk asal negara ini.

                             Kontroversi  novel  lnterlok secara  tidak  langsung memantapkan minat  masyarakat  terhadap  pengajian kesusasteraan dan bahasa  Melayu yang selama ini kian terpinggir  dan dipinggirkan  oleh  masyarakat yang semakin bersifat kebendaan dan kekeringan  sifat-sifat  kemanusiaan.Hampir semua lapisan masyarakat bercakap tentang novel  lnterlok,keunikannya dan kegilaan orang yang  ingin  memanipulasikannya untuk tujuan ,strategi dan  kepentingan masing-masing.Hikmah kontroversi novel  lnterlok mendorong secara tidak  langsung perlunya  menghargai karya sastera, pengarangnya dan isi  kandungannya sama ada difahami  atau  tidak oleh pembacanya  yang terdiri  daripada pelbagai  peringkat pembaca.           
                            

6.0    Kesimpulan

Kesimpulannya, secara  perbandingannya kontroversi  novel  lnterlok jauh  lebih menyeluruh berbanding  novel  Shit dalam memasyarakatkan bidang kesusasteraan dan  bahasa Melayu  kerana kelebihannya  digunakan sebagai  teks sastera KOMSAS Tingkatan 5 di Wilayah  Persekutuan, Selangor, Negeri  Sembilan dan Putrajaya. Pasaran dan  lingkaran pembacanya jauh  lebih luas dan wajib lulus di peringkat SPM  berbanding  novel  Shit yang lebih  bersifat  umum.Bagaimanapun kontroversi yang tercetus  daripada kedua-dua  novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara yang berasal dari negeri  Kedah Darul  Aman  ini  mencetuskan  minat  masyarakat untuk mencari,membeli  dan  membaca novel  itu sebagai  santapan  minda dan  rohani mereka untuk  memperkayakan  jiwa,kemanusiaan dan pemikiran masyarakat pembaca.



















Bibliografi


Abdullah  Hussain, 1996.lnterlok(Edisi Khas Sasterawan Negara). Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hussain, 2010. lnterlok(Edisi  Murid). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
       dan Pustaka.

Mohd.Yusof  Hasan, 2009. Pemikiran Global  Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.
       Tanjong Malim:  Penerbit Universiti  Pendidikan Sultan ldris.

Shahnon Ahmad, 1999. Shit. Kubang Kerian, Kelantan: Pustaka Reka.

Talib Samat, 2010. Naratologi Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
        Pustaka.         





Tanjong Malim, Perak
26 Februari  2011


0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates