Klik Jangan Tak klik!

Followers

Thursday, November 25, 2010

Pantun Teka Teki

Masuk ke hutan janganlah leka,
Sambil mencari daun palas,
Burung apakah cubalah teka,
Ekornya kembang seperti kipas
.

Bila diikat ia berjalan,
Ia berhenti apabila di buka,
Ia dipakai apabila berjalan,
Kalau pandai cubalah teka?

Bila diikat ia berjalan,
Ia berhenti apabila di buka,
Ia dipakai apabila berjalan,
Kalau pandai cubalah teka?

Aku dijadikan dengan taliBercakap bukannya gila,
Tetapi aku bukannya gila,
Siapakah aku cubalah teka?

Di bawa orang pergi menjaja,
Matanya banyak telinganya tiada,
Walaupun ia bukannya raja,
Di atas kepala terhiaslah mahkota.

Rakan karib ku ialah tali,
Bermain dengan ku mestilah berani,
Di lepas aku hidup,di pegang aku mati,
Di bawa angin menari nari.

Wahai tuan bijak peramah,
Cuba teka jangan gelabah,
Anak berjalan ibu di rumah,
Anak tak pulang semua susah.

Air sejuk sedap di hirup,
Waktu panas tidak terkata,
Ditangkap mati di buang hidup,
Cuba teka apakah ia?

Ada huruf ada gambar
Boleh didapati di kedai-kedai,
Tubuh badan ku t idaklah besar,
Berkawan dengan ku menjadi pandai.

Anak kunci menari-nari,
Menari-nari sambil berlari,
Kalau tuan bijak bistari,
Buah apa takda biji?

Makin di potong makin tinggi,
Tiada kepala tiada kaki,
Wahai tuan bijak bistari,
Cuba teka apakah ini?

Satu alat bercabang tiga,
Diguna orang setiap masa,
Ada disiling ada dimeja,
Apabila dipetik berputarlah ia.

Satu benda empat persegi,
Seperti meja tidak berkaki,
Di dalamnya penuh berisi,
Diguna orang setiap hari.

Cincin permata hiasan jari,
Dipakai gadis bumi kenyalang,
Kalau adik bijak bistari,
Haiwan apa tidak bertulang.

Tebang kelapa diambil umbut,
Pilihlah pohon ditepi pantai,
Benda apa dipijak lembut,
Sejuk pula mata memandang.

Buku dipinjam daripada Ramlan,
Habis dibaca sehari semalam,
Gigi tajam bukannya mainan,
Kayu dan besi habis dimakan.

Kalau mendaki ke Gunung Benom,
Permandangannya cantik cubalah kikis,
Kita tersenyum ia tersenyum,
Kita menangis dia pun menangis

Kalau marah jangan merajuk,
Legakan hati seberapa lekas,
Apabila dihidupkan kita sejuk,
Apabila dimatikan kita panas

Dipakai orang tua dan muda,
Pelbagai bentuk dan warna,
Seburuk mana tetap dimulia,
Diatas kepala pasti tempatnya

Panjang ada bulat pun ada,
Diseri pula dengan pelbagai warna,
Dipetik didinding ia menyala,
Seperti api didalam kaca


Pergi ke kedai membali barang,
Barang dibeli bersama Pak Awang,
Rumah besar tiang sebatang,
Panas hujan dijulang orang.

Membawa senjata kesana kemari,
Untuk menentang musuh yang tiba,
Jika anda bijak bistari,
Cuba teka siapakah dia.

Hati berasa sungguh girang,
Melihat ia berkibar diangkasa,
Dipanggil juga jalur gemilang,
Kalau bijak cubalah teka.

Boleh digoreng boleh dipengat,
Boleh dimakan begitu sahaja,
Bila muda rasanya kelat,
Bila dah masak sedap pula.
Kakiku tiga bukannya kudung,
Bergerak pantas kesana-sini,
Hujan dan panas habis kuharung,
Tekalah siapa diriku ini.

Aku digantung dengan besi,
Jika di tolak aku pergi,
Jangan hayun tinggi-tinggi,
Jika jatuh patah kaki.

Memetik ulam di tepi paya,
Riang berenang anak Seluang,
Burung apakah hitam badannya,
Mencari makanan sisa terbuang.

Pagi hari suasana hening,
Di tepi laut di Padang Kota,
Warnanya coklat paruhnya kuning,
Burung ini mengeluarkan kata.

Memegang jangan sampai tercucuk duri,
Tersilap sentuh tangan berdarah,
Untuk sigadis saya dicari,
Pilihan putih,kuning dan merah

Badanku putih cantik rupaku,
Berkaki panjang lebar langkahku
Leher panjang memang jenisku,
Jadi sebutan di dalam lagu.

Badanku panjang seperti ular,
Tidak mematuk atau tidak berbunyi,
Biasa melilit tidak menjalar,
Cubalah teka diriku ini

Buang kulit tinggal isi,
Nilaiku tinggi mengikut mutu,
Kaum Hawa suka diriku ini,
Dijari berehat selalu.

Aku ini pelbagai warna,
Merah ,Indigo dan juga jingga,
Aku cantuk di atas sana,
Tersenyum megah menghiasi angkasa

Apabila berdiri di hadapannya,
Wajah menjadi dua serupa,
Pandai meniru gerak dan gaya,
Tetapi tidak dapat berkata-kata.




0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates