1.0 PENGENALAN
Teori tempatan mula diperkenalkan apabila wujudnya kesedaran sarjana Melayu tentang kepincangan dan ketidakadilan teori Barat. Jika selama ini kita sering bersandar pada teori Barat, tetapi pada awal abad ke 20, ramai tokoh dan sarjana yang muncul dan terlibat dalam bidang teori dan kritikan sastera Barat dengan pandangan yang berbeza terhadap teks dan mula menolak unsur-unsur holistik, sebaliknya cenderung kepada satu-satu aspek khusus sahaja. Pada amnya, teori-teori Barat dilihat lebih mementingkan aspek tekstualiti dan menolak aspek Sejarah serta aspek-aspek di luar teks seperti pengarang, sistem sosial dan budaya.
Setelah sekian lama masyarakat terpengaruh dengan teori-teori Barat dan tidak memiliki teori sendiri, maka selepas itu, mereka mula menyedari bahawa teori Barat adalah penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Sehingga pada tahun 1980-an mereka mula beralih kepada pemikiran Islam dan mengisytiharkan diri sebagai penganut sastera. Teori – teori tempatan di Malaysia adalah terbina di atas beberapa kesedaran tentang kelemahan teori Barat dan juga keperluan terhadap teori tempatan yang mementingkan jati diri dan nilai keislaman.
Oleh kerana kesedaran tentang teori kesusasteraan Barat yang tidak dapat menghubungkan seni sastera dengan konsep amanah yang bertaubat pada hakikat tauhid sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Ditambah lagi dengan kesedaran intelektual akibat daripada menerima didikan di negara Barat yang menyebabkan teori pemikiran sastera dari Barat cepat merebak dan mempengaruhi hampir sebahagian besar penganut sastera Melayu. Namun ada juga dalam kalangan sarjana yang pulang dari Barat yang memiliki kesedaran intelektual yang tinggi terhadap kesusasteraan tempatan. Mereka inilah yang bangkit membongkar kelemahan teori kesusasteraan Barat dan menjelaskan kepincangan-kepincangan pemikiran Barat dalam mentafsir dan menganalisis teks.
Oleh itu, teori tempatan amatlah diperlukan dalam bidang kesusasteraan kerana ia bersifat jati diri dan seiring dengan konteks sosiobudaya di negara ini. Oleh itu wujud beberapa teori tempatan sejak tahun 1990 hingga tahun 2005, terdapat sepuluh buah teori sastera Melayu di Malaysia.
Menurut Abdul Halim Ali dalam bukunya yang berjudul Ikhtisar Teori dan Kritikan Sastera Barat dan Malaysia, antara teori yang ada di Malaysia ialah teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang, Takmilah oleh Shafie Abu Bakar, Teksdealisme oleh Mana Sikana, Rasa-Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz, Persuratan Baharu oleh Mohd Affendi Hassan, Teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohamad Mokhtar Hassan, Fitrah Gerak oleh Sahlan Mohammad Saman, Hermunitik Kerohanian olehSalleh Yappar, Teori Pemikiran Bersepadu 4K oleh Muhammad Yusuf Hassan dan Teori Sastera Warisan oleh A.Wahab Ali.
Kewujudan beberapa buah teori ini ternyata telah berjaya mengatasi teori Barat dan hanya mengambil masa empat belas tahun sahaja untuk berkembang. Berbanding dengan teori Barat yang mengambil masa sekitar tahun 1914 hingga tahun 1960 untuk berkembang dan hanya enam buah teori sahaja yang dihasilkan.
Dalam teori-teori ini, kumpulan kami telah memaparkan sebuah pangkalan data teori dan kritikan sastera di Malaysia. Dalam paparan pangkalan data ini mengandungi istilah- istilah penting yang terkandung dalam setiap teori sastera yang kami kaji. Selain itu juga, terdapat beberapa objektif atau sebab mengapa pentingnya untuk memperolehi pangkalan data tentang teori dan kritikan di Malaysia.
2.0 OBJEKTIF MENGHASILAKAN PANGKALAN DATA TEORI DAN KRITIKAN DI MALAYSIA.
Pertama sekali kami menghasilkan pangkalan data teori dan kritikan sastera Malaysia adalah untuk mengkaji dan menganalisis istilah yang terdapat dalam teori berdasarkan sumber yang diperolehi. Dengan kata lain, setiap istilah yang kami dapati mempunyai kesinambungan makna dan diperolehi mengikut teori masing-masing.
Di samping itu, objektif bagi kumpulan kami untuk menghasilkan sebuah pangkalan data teori dan kritikan di Malaysia adalah untuk memberikan definisi dan ketrampilan bagi setiap istilah yang terdapat dalam teori yang kami kaji. Dengan merujuk kepada definisi yang terdapat di dalam buku teori yang dihasilkan itu dan juga buku rujukan yang lain, kami mencari beberapa istilah yang mungkin sukar untuk difahami jika tidak mencari definisi yang sesuai.
Di samping itu, tujuan kumpulan kami menghasilkan sebuah pangkalan data bagi teori dan kritikan di Malaysia juga adalah untuk memperjelaskan istilah-istilah yang terdapat dalam sesebuah teori yang dihasilkan. Maksudnya, sesetengah daripada istilah yang terdapat di dalam buku teori yang dihasilkan adalah kurang jelas dan agak sukar dikenalpasti maksudnya tanpa penjelasan yang menyeluruh. Oleh itu, dengan menghasilkan pangakalan data tentang teori dan kritikan ini maka sesuatu istilah mungkin dapat difahami dengan mudah.
Seterusnya objektif bagi penghasilan pangkalan data ini ialah untuk merekod istilah yang berkaitan dengan teori dan kritikan sastera Malaysia. Dengan adanya data atau rekod penyenaraian istilah ini akan membantu pembaca mengenalpasti dengan mudah sesuatu istilah yang terdapat dalam sesebuah teori.
3.0 PANGKALAN DATA TEORI DAN KRITIKAN SASTERA MALAYSIA
Absolute/original beuty
Sejenis keindahan yang ditanggapi tanpa membuat perbandingan dengan objek lain.
Anti-logosentrik
Bahasa yang dijadikan perantaraan tidak akan seluruhnya jelas pada objek.
Alaukika
Respon pembaca terhadap puisi yang agak luar biasa.
Aquinas
Tokoh Greek-Roman yang mengemukakan tiga keperluan untuk mendapatkan keindahan, kesempurnaan, nisbah atau harmoni dan kejelasan.
Bachelard
Meneliti pengaruh bawah sedar dari 4 struktur iaitu tanah, api, air dan angin terhadap fikiran sepauh sedar pengarang.
Bacaan idealistik
Sebuah kaedah pembacaan karya sastera dengan menyandarkan bacaannya dan menghuraikan sebuah hasil kesusasteraan dari dua aspek iaitu kaedah pembacaan yang menumpu kepada teks serta perlakuan watak yang terlibat.
Bahasa
Kerangka formal dan konsepsi yang tidak dapat dipisahkan atau ditinggalkan . keistimewaan struktur bahasa dapat membatasi dan sekaligus menciptakan konsepsi karya sastera dalam bahasa tersebut.
Cerita
Istilah yang muncul daripada bahasa Sanskrit yang disebut “Cetera” dan “ceritera” dengan maksud riwayat mengenai sesuatu peristiwa dan maknanya adalah satu kisah.
Cita seni
Satu falkuti yang dimiliki oleh pembaca dan pengarang dan digunakan untuk menghasilkan konsep Pratibha.
Crafmarship
Suatu perkara yang sangat didewakan yang menyebabkan berlakunya ideogram,perulangan dan homologi.
Daerah Zeni
Sebuah novel A.Samad Said yang yang memaparkan kisah di sekitar hidup Zeni dan peristiwa yang bermukim dalam hidup Lazri Meon.
Defendent beuty
Keindahan yang berdasarkan konsep.
Dekonsturksi
Teks yang bermula dripada ketiadaan makna dan melihat kontradiksi, paradoksiti, dan ambiguiti.
Distance
Berkait rapat dengan sikap estetik dan dan melalui konsep (dikemukakan oleh Bullough)ini, mental akan terpisah daripada segala kepentingan terhadap objek estetik yang diperhati.
Dunia halusinasi
Dunia yang mengarah kepada proses realiti yang bersifat magis.
Estetik
Keindahan dan keunggulan bahasa dalam sesuatu karya yang menimbulkan ketenangan dan keharuan kepada pembacanya.
Estetik intertekstual
Proses yang diaplikasikan oleh pembaca untuk mendapatkan pengalaman estetik yang berkesan.
Falsafah
Satu pegangan atau prinsip yang menjadi panduan.
Falsafah Islam
Hubungan seseorang muslim(insan) dengan manusia dan alam yang bersifat horizontal dan hubungan Allah bersifat Vertical dan mempunyai pertalian tauhid antara keduanya serta satu daripada sikapnya memperlihatkan kesempurnaan.
Falsafah Tauhid
Merentasi semua aspek keislaman termasuklah sasteranya. Ia merupakan persoalan prinsip bagi asasi dalam akidah tersimpul di dalam dua buah kaliamah syahadah.
Folklor
Sebahagian daripada kebudayaan kolektif yang tersebar luas dan diwariskan secara turun-temurun di antara kolektif secara tradisional dalam versi yang berbeza, baik dalam bentuk lisan mahupun corak yang disertai dengan gerak isyarat atau alat pembantu pengingat
Free beuty
Keindahan yang tidak bersandarkan sebarang konsep
Goldman
Memperlihatkan adanya struktur yang tersembunyi pada sesebuah karya sastera dan kemudian membuktiakn bahawa ia padang dunia pengarang.
Hashim Awang
Mengemukakan teori pengkaedahan Melayu sebagai alternatif kepada pengkaedahan-pengkaedahan Barat dengan menyingkap aspek rohani, kehalusan, ketinggian daya cipta masyarakat Melayu yang tinggi kreatifnya dalam seni.
Hikayat
Seringkali digunakan dalam prosa naratif atau cerita dan merupakan kisah yang diperolehi daripada sastera lama.
Idealisme
Idea,kepercayaan,nilai hidup,falsafah,perjuangan,kualiti dan kekuatan yang menjadi tulang belakang pengkaryaan.
Idealisme objektif
Alam semulajadi yang kita ketahui yang merupakan produksi minda kita. Alam semulajadi ini dijadikan ilham ketika seseorang itu berkarya.
Ineffability
Satu pengalaman yang dialami secara langsung dan tidak dapat dipindahkan kepada orang lain.
Insan khalifah
Kemampuan insan menjadi pemimpin di bumi Allah bila insan itu mencapai keperluan dan syarat- syarat sebagai khalifah seperti berilmu dan berkeperibadian tinggi sebagai seorang khalifah dan sememangnya jiwanya terlalu dekat dengan Allah.
Inward eyes
Fakulti dalam diri manusia yang menyebabkan manusia melakukan tindak balas estetik.
Jamal
Mempunyai pertalian dengan unsur estetika sebagai yang tercermin pada makhluk yang kejadiannya. Estetika mempunyai pertalian dengan aspek Jamal dan Allah yang mencerminkan sifat kamalnya di smaping sifat-sifat yang lain.
Jalan Jamil Ilahi
Ingin melengkapkan diri dengan nilai-nilai sempurna yang dibantu oleh jalan estetik hati dan rohani yang pada hakikat insan dan sastera tidak mungkin mencapai ke arah itu tetapi wujudnya kerinduan ke arah itu,
Jean-Paul-Weber
Meneliti tema yang dominan dalam sesebuah karya sastera dan mendakwa bahawa tema adalah hasil dari suatu trauma yang terjadi kepada pengarang semasa kecil.
Kaedah reduksi fenomenologi
Kaedah yag cuba mengelakkan sebarang keraguan terhadap pengalaman, pengetahuan, dan penilaian yang diperolehi dengan melayani karya seni seperti karya sastera secara batiniah iaitu mengesampingkan unsur di luar karya iaitu menolak sosial seks.
Kata kunci
Sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata yang mempengaruhi pembentukan fikiran, konsepsi masyarakat itu tentang alam, realiti dan kehidupan manusia.
Kata kunci demokrasi
Perkataan yang paling lama dan maknanya amat kompleks dan menunjukkan kebebasan.
Karya Islam
Usaha pengarang yang memahami Islam dan berusaha menerapkan insan nilai-nilai Islam ke dalam karyanya secara tidak langsung( bersifat dakwah, pendidikan, taqwal, dan sebagainya) dan ini memberi kesan yang positif kepada khalayak menghayati nilai-nilai Islam melalui karya yang dibacanya.
Kepengaruhan
Berhubung dengan konsep karya sastera dan dalam prinsip ini pengarang akan menggunakan kata-kata yang berada dalam lingkungan dirinya untuk menyatakan konsepsinya.
Keunggulan
Mempunyai nilai dan mutu yang tinggi iaitu merujuk kepada teks yang dihasilkan.
Khayalan
Satu mimpi atau impian yang tidak bertaut pada kenyataan atau realiti.
Kimal
Sifat Allah dalam hubungan dengan teori Takmilah.
Kimil
Mempunyai pertalian dengan istilah “kamal” dan mengungkapakan tentang Istilah Allah yang sempurna.
Koleretif objektif
Ekspresi sastera yang dibangunkan oleh pengarang menerusi teknik penulisannya dan dihidupkan oleh pembaca dalam mindanya melalui interaksi ataupun penglibatannya dengan karya.
Konsepsi
Perbezaan yang bergantung kepada latar belakang pendidikan, lingkungan masyarakat, kepercayaan, adat budaya, ideologi, pertumbuhan yang dipegang dan sebagainya.
Konsep keadilan
Kebenaran, pertimbangan dan kesamarataan
Konsep kesepaduan dalam kepelbagaian
Boleh dilihat dalam konteks puisi Melayu klasik iaitu pantun.
Konsep sublime
Bersama-sama dengan konsep keindahan yang berpunca daripada satu keindahan yang berpunca daripada alam yang mencemaskan dan mendebarkan, menggerunkan dan juga menakutkan dan alam yang dimaksudkan adalah bersifat luas.
Konvensi sastera
Sebagai peraturan sastera yang diterima umum oleh masyarakat mengenai sesuatu jenis sastera. Ia menjadi latar belakang yang mengikat atau menentukan garis penciptaan sesebuah jenis sastera tersebut.
Kritikan
Aspek penilaian,penafsiran,penganalisaan, pandangan terhadap sesuatu karya yang merangkumi sudut positif dan negatif.
Kritikan estetika
Boleh terjebak ke dalam sifat sentimentaliti atau ia akan memisahkan karya sastera daripada sebarang makna yang timbul dalam hubungannya dengan dunia luar malah dengan pengarangnya sendiri.
Kritikan moden
Tergolong sebagai kritikan internal(dalaman), yang terbahagi kepada dua jenis iaitu tafsiran(psikoanalisis, Marxisme, existentialisme dan bersifat analitik seperti strukturalisme, formalisme, dan linguistik juga (psiko-struktural), psiko-sosiologi, dinamik dan auto-analitik.
Kritikan saintifik
Kecenderungan untuk mengabaikan sama sekali nilai-nilai estetika pada sesebuah karya sastera dan digunakan hanya sebagai matlamat terakhir yang ditemukan dalam karya sastera yang diciptakan
Kritikan sejarah
Bersifat statik dan hanya memaparkan fakta dan kajian hubungan-hubungan luaran antara karya dan antara pengarang.
Kritikan Tradisional
Tergolong sebagai external(luaran) yang menghubungkaitkan denagn unsur-unsur luar dari karya dn ianya bersifat sejarah dan ilmiah.
Lahiriah
Teknik di dalam perkerjaan seperti bentuk, struktur, plot, watak, bahasa, diksi, nada, stitistika, rima, ritma, matra, struktural, asonansi,aliterasi dn sebaginya yang dapat dilihat dengan jelas atau tanpa sebarang perselindungan.
Makna(significant)
Menghubungkan erti dengan seseorang atau sesuatu konsepsi atau apa sahaja yang dapat dibayangkan.
Mana Sikana
Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Nafiah dan beliau merupakan pengasas kepada teori Teksdealisme.
Mohd. Yusuf Hassan
Memperkenalkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K(SPB4K) dan teori ini hampir menyerupai teori Psikoanalis yang diperkenalkan oleh Freud.
Natya sastra
Boleh dikaji berdasarkan empat topik utama iaitu lakonan, tarian, muzik dan rasa.
Nilai Gestalt
Nilai yang dikemukakan dalam pengadilan estetik atau kesatuan sebagaimana yang dipaparkan oleh Ingarden dalam teorinya. Nilai yang dimaksudkan ialah nilai harmoni dan nilai kesatuan dalam estetik.
Originaliti
Hasilan pemikiran pertama yang cukup baru telah berubah kepad konsep-konsep dan teori-teori yang telah dikemukakan oleh seseorang pengkaji itu.
Patut
Menunjukkan kepada sesuatu perkataan dasar yang berhubungan dengan kelompok, kesesuaian, ketetapan dan keselarian
Passiviti
Merasai seperti ada sesuatu kuasa menguasai diri melalui kehadiran pengalaman mistik.
Pemilihan kata
Berhubung dengan karya sastera dan di dalam prinsip ini pengarang menggunakan kata-kata yang berada dalam lingkungan dirinya untuk menyatakan konsepsinya.
Pemikiran Lahir
Sebuah karya haruslah menampilkan watak-watak yang cemerlang , bijaksana, bestari dan hebat serta perwatakan tokoh-tokoh harus ceria, positif, kreatif dan soleh.
Pemikiran Lateral
Menampilkan teknik yang kreatif dan bermutu tinggi dan dalam teknik termasuklah plot yang kompleks tetapi mudah diikuti.
Pemikiran Logik
Sebuah karya haruslah mengemukakan latar yang real, tempat yang indah permai, suasana yang kondusif, masa yang sesuai, nada yang positif, zaman yang relevan dan waktu yang jelas.
Pendekatan alamiah
Berteraskan kepada cara atau sikap hidup masyarakat Melayu menjadikan alam sebagai sebahagian daripada kehidupannya.
Pendekatan dakwah
Melihat sastera sebagai satu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketaqwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera dalam maksud tanggapan kudus ini sewajarnya mengandungi persoalan-persoalan yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah.
Pendekatan firasat
Sastera adalah satu kejadian alam yang menghasilkan pengalaman hidup dan dikaitkan dengan mimpi iaitu suatu pengalaman hidup yang penuh misteri , sering dianggap sebagai makna kepada kehidupan.
Pendekatan formalistik
Pendekatan struktural yang memutuskan diri dengan unsur ekstrinsik.
Pendekatan gunaan
Didasarkan bahawa sastera adalah merupakan salah satu daripada objek-objek alam iaitu objek-objek hasil daripada ciptaan Tuhan manakala sastera adalah hasil ciptaan manusia.
Pendekatan kata kunci
Pendekatan yang menggunakan teori yang menghubungkan kata-kata seerti, bermakna dan berguna dalam ilmu semantik.
Pendekatan keagamaan
Dimaksudkan sebagai pendekatan yang berdasarkan keimanan yang bersendikan aqidah agama Islam dan ia merupakan rujukan al-quran dan hadis.
Pendekatan kemasyarakatan
Menganggap sastera adalah sebagai alat pendedahan segala macam persoalan yang berasaskan kepada tujuan mencari kebaiakan dan keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut dalam masyarakat seperti yang dituntut Islam.
Pendekatan moral
Pengalaman yang diberikan terdiri daripada peristiwa yang dilalui oleh manusia dan maklumat- maklumat yang berkaitan dengan manusia serta persekitarannya.
Pendekatan seni
Pendekatan yang menjadi unsur keindahan dalam sastera sebagai persoalan pokok. Keindahan yang membataskan dirinya kepada nilai-nilai etika dalam Islam yang sudah pasti bertentangan dengan aqidah serta ajaran Islam.
Pengarang Pasca-modenisme
Pengarang yang mempunyai kepengarangan yang baru.
Pengembaraan
Wujudnya suatu suasana di mana ada orang-orang tertentu yang menjadi kegemarannya meneroka dan mencari hal-hal yang baru dalam apa juga segala aspek.
Pengkonkritan
Objek estetik yang telah melalui proses transformasi melalui interaksi pembaca ketika berada dalam sikap estetik.
Pengukuhan
Usaha pendewasaan pengarang untuk menghasilkan teks yang unggul dan terunggul dalam sesebuah hasil karya.
Pengukuhan akidah
Melakukan peribadatan , keimanan, mengamalkan hidup dan nilai-nilai Islam dan sebagainya.
Penyarat
Perakam atau pencatat khas yang turut serta dalam peperangan , perjalanan, peristiwa yang penting dan sebagainya dan yang akan melaporkan hal-hal yang berkaku semasa menyertai sesuatu kejadian.
Pilu
Kesepian, dan diselubungi selapis perasaan kesendirian dan kesepian akibat sesuatu perkara.
Plotinus
Ahli falsafah pada penghujung zaman Greek-Roman yang bersandarkan konsep dunia bentuk yang menghasilkan bentuk keindahan.
Poetic quality
Pengalaman memperolehi sesuatu yang di luar pencapaian intelek.
Point
Memperlihatkan sajak itu adalah suatu bentuk yang keseluruhannya kosong dari segi perutusan(message) dalam erti biasa iaitu tiada emosi, moral atau filsafat
Politikus segera
Pemimpin yang bukan memimpin sebaliknya pemimpin yang rakus dan liar sehingga menafikan amanah yang dipikul.
Pratibha
Kesedaran intuitif yang terlebih dahulu bertunas dalam diri pengarang kemudian diterjemahkan dalam bentuk karya dan pembaca yang memiliki kuasa ini akan dirangsang.
Prinsip kehadiran
Garis panduan yang mengangkat pengarang, teks dan khalayak ke tahap yang unggul.
Prinsip keperibadian
Menganalisis dan memperlihatkan keperibadian atau individualisme, dan menjelaskan sifat-sifat peribadinya, dan prinsip keperibadian yang dilakukan oleh pengarang.
Prinsip perlanggaran
Boleh dikaitkan dengan konsep “intertekstualiti”
Proses kesepaduan
Pemilihan pengalaman yang bersepadu di antara satu sama lain untuk mencapai tahap keseimbangan antara isi dan teknik.
Proses pemilihan
Pilihan terhadap pengalaman yang benar-benar sesuai dengan idea yang telah terbentuk dalam pemikirannya
Proses Vyanjana
Merupakan satu cara untuk mengenal pasti makna yang terkandung dalam beberapa cara. Ia juga merupakan proses pemaknaan lazim yang digunakan untuk menggemakan sesuatu.
Protokol
Karya Shuhaibun Yusof yang merupakan sebuah teks realisme.
Pujangga
Ahli sastera yang tinggi mutu karyanya.
Rasa
Tenaga kreatif bagi pengarang berkarya dan tenaga kreartif itu diterjemah ke dalam karya menjadi ekspresi sastera
Rasa benci
Merupakan salah satu daripada lapan ekspresi sastera dalam teori rasa fenomenologi.
Rasa berahi
Rasa yang berkembang melalui dua korelatif objektif iaitu pertemuan dan perpisahan.
Rasa fenomenologi
Teori yang terbina secara Hibridisasi hasil kombinasi dan penyesuaian dua buah teori estetik yang berasal daripada dua buah teori estetik yang berasal dari Timur(India) dan Barat, iaitu teori rasa-dhvani dan teori religion aestetic.
Rasa kagum
Situasi atau peristiwa yang berhubung dengan sesuatu yang luar biasa dan ianya berhubung dengan watak dan perwatakan tertentu.
Realisme
Ekspresi dan kecenderungan terhadap masalah yang tampak dan bersifat fizikal juga representasional.
Realisme magis
Nama yang diberi kepada sejenis gaya penulisan yang sangat terkenal di kalangan penulis Colombia yang diaktakan sebagai gabung jalin antara pelbagai kepercayaan dan tahyul untuk membentuk satu realiti.
Rekacipta individual
Merujuk kepada teknik,metode dan mekanisme penciptaan.
Religio-aesthetic
Falsafah keindahan di Timur seperti di Korea, China, Jepun dan India yang berasaskan falsafah yang mempunyai unsur metafizik.
Religious mysticism
Pengalaman mistik yang diperolehi melalui pengalaman tertentu seperti yang terdapat dalam agama Hindu, Buddha, Islam dan Kristian.
Revolusioner
Menjelaskan sifat kebaharuan jiwa dan bersedia untuk membawa unsur kebaharuan yang lain pula. Dengan itu, setiap teks dan diri pengarang mempunyai ciri-ciri yang khas.
Roda kehadiran
Mekanisme penciptaan teks dan pencetakan karya.
Roland Barthes
Ahli teori yang berpendapat bahawa teks adalah sifat “sciptible” iaitu bertulis bersama oleh pembaca sambil membaca, pembaca seakan menulisnya.
Salim
Menggambarkan perasaan diri dan ciri-ciri kesempurnaan bagi memperlihatkan seorang sasterawan muslim yang sempurna dari pelbagai aspek seperti dari segi hati dan akalnya.
Salina
Sebuah novel karya A. Samad Said yang diaplikasikan oleh ahli teori tempatan iaitu Sohaimi Abdul Aziz untuk teori rasa fenomenologi.
Sejarah sastera
Membincangkan aspek-aspek pertumbuhan, perkembangan, pembinaan,perubahan, aliran dan seumpamanya.
Sekssualiti
Pandangan Foucault yang menenggelamkan keindahan lainnya.
Semiologi
Menganalisis makna-makna yang tersirat daripada menanda dan petanda seperti yang dilakukan Barthes membicarakan mitologi.
Seni karya
Ilmu dapat dicapai melalui karya sastera lebih menarik daripada mempelajarinya secara langsung. Ertinya ilmu dan sastera saling membantu dan melengkapkan.
Sfera faedah atau manfaat
Berkenaan dengan kaedah didaktik yang terkandung di dalam karya sastera yang bertujuan untuk memperkukuhkan dan menyempurnakan akal manusia
Sfera fungsional
Keindahan yang berkaitan dengan konsep ilahi untuk menyucikan kalbu dan rohani manusia.
Sfera keindahan
Karangan yang keindahannya berasaskan aspek luaran yang memperlihatkan ciri-ciri keajaiban, kehairanan, keghaiban atau temasya.
Skema normatif
Pedoman praktis yang menjadi operasionalisasi intelegensia.
Shaftesbury
Ahli falsafah Inggeris yang telah mengemukakan teori cita rasa seni (theory of taste) yang memperkenalkan konsep “inward eyes”.
Sohaimi Abdul Aziz
Seorang sarjana dan pensyarah di Universiti Sains Malaysia yang mengkaji teori rasa-fenomenolgi.
Strukturalisme
Mengkaji struktur sesebuah teks yang berdasarkan struktural linguistik yang cuba mencari sistem-sistem pengawal di dalam sesebuah di dalam sesebuah teks dan bukan terlalu menganalisis maksud atau erti teks.
Syumul
Idea yang menjadi cerminan masyarakat yang berperanan membantu sama ada sebagai pelengkap mentakmilahkan kesyumulan ajaran Islam.
Teks dalaman
Aspek yang berkaitan dengan pembinaan sesebuah karya sastera seperti estetik, imagiantif, dan ilusi.
Teks luaran
Teks sosial yang paling erat kaitannya dengan pengalaman pengarang, sejarah, moral, budaya dan sebagainya.
Teks Revisionisme
Pengaruh dan penulisan semula bagi sesetengah orang yang tidak bersetuju dengan kedua-dua istilah itu sebagai usaha plagiarisme.
Teori
Konsep, prinsip,kriteria dan saranan yang memperjelaskan sesuatu subjek yang terdiri daripada 3 prinsip iaitu (kumpulan saranan, gambaran, penjelasan tentang subjek dan objek ). Ia menjelaskan sesuatu yang bersifat empiris, saintifik dan objektif.
Teori bacaan
Sebuah teori yang bersandar kepada teori teksdealisme.
Teori dhvani
Berasal dari India dan menjelaskan bahawa makna sesuatu puisi tidak terhenti pada lapisan strukturnya sahaja malah pergi lebih jauh ke dalam.
Teori keindahan objektif
Kesesuaian, kegunaan, harmoni,susunan, nisbah dan saiz. Konsep ini juga turut mempunyai hubungan dengan nilai lain seperti moral, kebenaran dan kebaikan.
Teori Takmilah
Teori yang diperkenalkan oleh Syafie Abu Bakar yang memberi penjelasan analisis dan kritikan bersandarkan secara langsung kepada konsep tauhid.
Teori teksdealisme
Teori keunggulan yang mendefinisikan teks sebagai susunan idea dan pengalaman yang mengandungi makna berlapis-lapis dengan mempunyai sifat-sifat keunggulannya.
Teori Rasa fenomenologi
Dapat menjelaskan tentang pengalaman estetik secara sistematik hasil kombinasi dan penyesuaian dua buah teori lain iaitu teori “rasa-dhvani” dan teori estetik fenomenologi.
Teori sistem pemikiran bersepadu 4K
Teori yang diperkenalkan oleh tokoh pemikir iaitu Mohd. Yusuf Hassan yang berkaitan dengan analisis karya sastera yang merangkumi empat aspek iaitu ketuhanan, kesaitifikan, kebitaraan, dan kekreatifan.
Theory wars
Bangun dan jatuh, naik dan turun, peperanagan dan pertempuran dalam subjek penteorian sastera.
Transioney
Pengalaman yang bersifat sementara dan apabila hilang boleh diingat kembali, tetapi tidak sempurna. Kalau dialami lagi, pengalaman itu tidak dapat dikenali atau dirasai.
Tukang
Berhubung dengan kepengarangan kerana ia hasil daripada kata-kata pada bahagian besarnya yang memerikan karya yang dihasilkan oleh pengarang
Unconcious
Emosi tetap yang membentuk mendapan yang berada dalam psikik bawah sedar dan ia akan menjadi aktif dan muncul selepas psikik dirangsang.
Unsur aliran
Aliran dalam penulisan seperti realisme, absurdisme dan sebagainya.
Wadah kesusasteraan
Untuk memperlihatkan sekurang-kuarngnya kesusasteraan pada puisi disampaikan pada suatu perhentian.
Wagiman
Seorang nasionalis yang mempunyai semangat juang dan menentang Belanda dan sepanjang beliau dalam penjara, beliau telah banyak berkarya dan karyanya adalah bermula dari mimpi yang dialaminya semasa di penjara. Pengkonkritan telah berlaku dalam mimpinya sehingga telah menghasilkan unsur estetik dalam diri pembaca.
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kami melihat bahawa teori –teori yang terdapat di Malaysia adalah bertitik –tolak daripada perkembangan teori di Barat. Ini dibuktikan dengan penggunaan banyak istilah-istilah Barat yang terdapat dalam setiap teori. Ada lapan buah teori yang terdapat di Malaysia yang kami kaji pada bahagian pangkalan datanya.
Teori yang pertama ialah teori Puitika Sastera Melayu yang diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh. Teori yang kedua yang kami kaji ialah Teori Persuratan Baharu yang diperkenalkan oleh Muhammad Affendi Hassan. Kami juga turut merekodkan teori Takmilah yang diperkenlkan oleh Shafie Abu Bakar, teori Teksdealisme oleh Mana Sikana, Teori Rasa- fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Konseptual kata Kunci oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Mokhtar Hassan serta teori Pemikiran Bersepadu oleh Muhammad Yusuf Hassan.
Dengan berintipatikan istilah yang terdapat dalam setiap buku rujukan tersebut dan juga beberapa buah buku rujukan yang lain, kami menyimpulkan bahawa pentingnya menghasilkan pangkalan data untuk memudahkan pembaca mengenalpasti setiap istilah yang dirasakan sukar.
0 comments:
Post a Comment