PERBANDINGAN KONTROVERSI NOVEL SHIT(SHAHNON AHMAD) DENGAN NOVEL INTERLOK(ABDULLAH HUSSAIN) DALAM MEMASYARAKATKAN PENGAJIAN KESUSASTERAAN DAN BAHASA MELAYU
Prof.Madya Dr. TALIB SAMAT
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan ldris
1.0 Pendahuluan
Sejarah kesusasteraan Melayu moden mencatatkan dua buah novel hasil karya dua
orang Sasterawan Negara iaitu Sasterawan Negara Shahnon Ahmad menerusi novel-
nya Shit(1999) dan Sasterawan Negara Abdullah Hussain menerusi novelnya lnterlok
(Edisi Murid) terbitan DBP(2010) telah mencetuskan kontroversi dan kegemparan yang tersendiri pada era masing-masing. Kontroversi novel Shit dihangatkan oleh orang-orang politik UMNO dan PAS berikutan penggunaan perkataan PM @pukimak oleh Shahnon Ahmad .Manakala kontroversi novel Interlok dicetuskan oleh ahli-ahli Parti MIC dan NGO India khususnya serpihan Hindraf yang meminta perkataan paria digugurkan daripada teks novel itu yang dianggap menghina mereka.Ahli-ahli serpihan Hindraf juga meminta novel lnterlok karya Abdullah Hussain digugurkan sebagai teks KOMSAS dan diharamkan penggunaannya oleh para pelajar mahupun rakyat Malaysia.
2.0 Kontroversi Novel Shit
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 terilham daripada pergolakan politik semasa dewasa itu yang “menandakan satu episod politik yang dahsyat; kesan daripada pergolakan politik yang melibatkan tokoh, parti politik dan rakyat umum. Karya ini adalah satu bentuk sindiran atau satira yang amat kasar,keras dan memualkan.”(Mohd.Yusof Hasan, 2009:193).
Kontroversi novel Shit digemparkan dengan penggunaan najis tahi sebagai watak-watak utama dan sampingan untuk menggambarkan keburukan dan kebusukan realiti politik Malaysia dewasa itu yang berpunca daripada peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang kini sudah menjadi catatan sejarah negara Malaysia.
Watak dalam novel kontroversi Shit ini ialah Shit@PM dan para penyokongnya seperti Media, Si Menteri,Sasterawan Tua,Main Buntut(MB), Anggota Majlis Zenith,Si Ketul Badut,Si Ketul Dongkiang,Si Dongok dari blok utara. Manakala watak yang menentang Shit diberi nama Wirawan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Manakala watak Shit@PM dikaitkan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.Semua watak ini adalah ketulan najis yang terdapat di dalam perut manusia.
Peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti UMNO dan barisan kabinet kerajaan Malaysia pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 telah mencetuskan ilham kepada Shahnon Ahmad untuk menghasilkan novel Shit seperti yang diakuinya dalam wawancara majalah Tamadun,Suria Janib dan Rosmida Abdul Rahman iaitu:
Sebenarnya Cikgu mendapat idea mengarang buku Shit tidaklah lama.Pada bulan September 1998 setelah Anwar disingkir. Semenjak itulah Cikgu mula berfikir untuk menghasilkan sebuah novel .Sebenarnya timbul idea memberi tajuk Shit(tahi) adalah datang daripada mereka sendiri iaitu pemimpin yang korupsi,gila kuasa,gila harta dan tidak adil.Mereka yang support atau memberi idea kepada Cikgu.Sebenarnya merekalah Shit,merekalah yang memberi Shit kepada Cikgu.
(Tamadun, Jun 1999)
Peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digambarkan menerusi watak Wirawan digambarkan dengan teknik satira juvenilia seperti berikut:
Perihal yang unik dan luar biasa ini memang Wirawan tolol betul,fikir PM.PM tak sangka Wirawan benar-benar tak ada selera untuk bersama dalam projek MKKM itu. Apakah penolakannya sesuatu yang berlandaskan realiti atau hanya sebagai satu strategi politik PM sukar memastikannya.lnilah yang menambahkan lagi hantu-hantu dalam bayangan ketakutan pada diri PM sendiri.Tak apa kalau Wirawan sekadar tolol sendiri-sendiri tapi kini Wirawan nampaknya cuba memalitkan ketololannya kepada ketulan taik lain di batang taik yang selama ini dalam kapukannya.lni juga dibimbangkan oleh PM .PM memang cukup takut tentang konspirasi begini kerana akhirnya dia akan tinggal seketul diri sebagai kepala taik.
(Shit, 1999:145-146)
Penerbitan novel Shit pada bulan April 1999 bukan sahaja memperlihatkan kesensitifan Shahnon Ahmad memanfaatkan isu politik semasa tetapi juga untuk memanfaatkan strategi pemasaran novel ini yang berjaya dijual sebanyak 130,000 naskhah(Tamadun,Jun 1999:10) yang merupakan jualan yang besar bagi sebuah novel Melayu yang bukan buku teks sekolah.
Kehangatan isu politik ini dewasa itu(pertentangan Mahathir-Anwar) melariskan jualan novel Shit yang diterima dengan pelbagai perspektif pro dan kontra oleh masyarakat pembaca termasuk golongan yang mencadangkan agar novel Shit diharamkan kerana melanggar etika budaya Melayu dan mencetuskan kemarahan pemimpin dan ahli-ahli UMNO khususnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad .Kontroversi novel Shit ini juga menyebabkan pengarangnya, Shahnon Ahmad terpaksa melepaskan jawatannya daripada jawatan pensyarah Universiti Sains Malaysia dan menceburi dunia politik sepenuh masa khususnya Parti PAS.
Pelbagai reaksi dan tanggapan masyarakat pembaca termasuk meminta novel Shit diharamkan ketara dalam beberapa laporan akhbar tempatan. Antaranya termasuklah berita “KDN Diminta Haramkan Novel Terbaru Shahnon” (Utusan Malaysia, 21 April 1999), “Novel Shit Akan Dikaji KDN”(Utusan Malaysia, 22 April 1999), “Shahnon Mungkin Dikenakan Tindakan”(Utusan Malaysia, 24 April 1999), “Haramkan Novel Shit”(Utusan Malaysia, 25 April 1999),”Shit Tidak Perlu Diharamkan-Zainuddin”(Utusan Malaysia, 26 April 1999), “Najib Haramkan Shit di Sekolah”(Utusan Malaysia, 4 Mei 1999),”Kit Siang Cadang Shahnon Didakwa”(Berita Harian, 4 Mei 1999), “UMNO Tidak Minta Kerajaan Haramkan Shit”(Utusan Malaysia, 4 Mei 1999) dan sebagainya.Kebanyakan tajuk berita ini dikeluarkan oleh akhbar yang pro dan menyokong pemerintah.
Tajuk-tajuk berita dan laporan akhbar tempatan secara tidak langsung menunjukkan kehangatan kontroversi yang dicetuskan oleh novel Shit ke atas minda pembaca sehingga meminta Kementerian Dalam Negeri mengharamkannya meskipun tidak dilakukan oleh kerajaan atas alasan “pendemokrasian bahan-bahan bacaan”(wawancara dengan Jaafar Abdul Rahim, 28 Mei 1999).
Manakala “pihak yang bersifat pro terhadap karya Shahnon ini adalah terdiri ahli-ahli politik parti pembangkang”(Mohd.Yusof Hassan, 2009:195) khususnya Parti PAS .
Di samping itu pihak yang menyokong kehadiran novel Shit dalam masyarakat Malaysia yang bersifat terbuka ketara dengan kenyataan seperti “kita perlu tersindir dengan Shit”, “Mesej Shit lebih penting”, “Shit: novel satira-komedi politik”, “penerbit Shit dakwa tiada isu kontroversi”,”Shitan artistic portrayal of society’s foulness”. “novel praised as “meaningful contribution to society”, “tangani isu Shit dengan waras”, “olahan sistem pencernaan secara kreativiti”, “Shahnon raja novelis Malaysia” dan banyak reaksi tentang novel tersebut dalam akhbar dan majalah.”(Mohd.Yusof Hassan, 2009: 195).
3.0 Kontroversi Novel Interlok Karya Abdullah Hussain
Kontroversi novel Interlok karya Abdullah Hussain yang terpilih sebagai teks KOMSAS(Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu) yang digunakan di Tingkatan Lima di Sekolah-sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya tercetus apabila ianya dipolemikkan oleh anggota-anggota Parti MIC dan serpihan Hindraf berhubung penggunaan perkataan “paria” dalam novel tersebut.Novel ini sudah dicetak pada tahun 1971 tetapi tidak menimbulkan sebarang kontroversi kerana ianya tidak digunakan sebagai teks pelajaran dan terbiar begitu sahaja.Apabila sesebuah novel teks KOMSAS para pelajar akan mengkajinya ayat demi ayat untuk lulus peperiksaan SPM. Sekiranya diteliti penggunaan novel lnterlok hanya memberi di sekitar 8 markah sahaja tetapi keributan yang ditimbulkannya bergegar hampir ke seluruh negara.
Di antara bahagian novel lnterlok yang mencetuskan kontroversi menurut tanggapan masyarakat lndia yang diwakili Parti MIC dan serpihan Hindraf ialah dalam petikan berikut,
Di dalam kapal ini dia tidak susah.Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil.Mereka yang dari arah ke utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil.Malayalam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan.Mereka juga bebas bergaul tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing.
(Interlok(Edisi Murid), 2010: 211)
Manakala bahagian lain yang dianggap tidak kurang kontroversinya menurut kacamata masyarakat lndia dan MIC ketara dalam petikan berikut,
Muka orang-orang itu tidak begitu jernih.Ada satu perasaan yang tidak senang mengganggu sanubarinya.Tiada seorang pun tersenyum.Maniam tidak berani membuka mulut untuk bertanya. lngatannya tiba-tiba kembali ke rumahnya.Adakah lembu tuanya mati ? Lembu tua itu selalu dianggap sebagai barang yang bertuah. Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu; dan kalau binatang ini mati, seperti ibunya sendiri yang mati.
(Interlok(Edisi Murid), 2010: 220)
Kontroversi yang melanda novel Interlok dipanaskan lagi dengan pembakaran novel itu oleh sekitar 100 orang lndia di Klang, Selangor yang disaksikan sendiri wakil rakyat kawasan itu.Pembakaran novel lnterlok diperhebatkan lagi dengan pembakaran potret Abdullah Hussain dan lontaran kata-kata menghina terhadap Sasterawan Negara berusia 91 tahun.Kontroversi ini juga menyebabkan nama Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang seperti sudah dilupakan dikenali semula dan namanya meniti dari bibir ke bibir pelbagai lapisan rakyat negara ini meskipun beliau sudah berkarya sejak tahun 1939.Kontroversi novel Interlok juga menyebabkan mereka yang selama ini memandang remeh kesusasteraan Melayu mulai membuka mata dan tercari-cari novel tersebut untuk dibaca dan diketahui apa yang terkandung di dalamnya. Begitu juga ruangan sastera yang selama ini kekurangan berita sastera yang boleh menarik pembaca memperoleh bahan cerita untuk melariskan jualan akhbar masing-masing yang merosot berikutan kemunculan media baru seperti facebook,blog,twitter dan sebagainya yang mencabar minda.
Di antara berita-berita dan rencana yang memaparkan kontroversi melanda novel lnterlok termasuklah “GAPENA Pertahankan Interlok”(Utusan Malaysia, 8 Januari 2011), “Novel Interlok Karya Bagus”(Utusan Malaysia, 6 Januari 2011), “Novel lnterlok Dibakar”(Mingguan Malaysia, 9 Januari 2011), “PENa Mahu lnterlok Kekal Teks KOMSAS”(Berita Minggu, 9 Januari 2011),”Mengunci Novel Interlok”(Berita Minggu, 9 Januari 2011), “Interlok Jadi Mangsa Politiking”(Siasah, 7-13 Januari 2011), “Jawatankuasa Khas Kaji Novel lnterlok”(Utusan Malaysia, 7 Januari 2011), “Kaji Semula Novel lnterlok”(Utusan Malaysia, 7 Januari 2011), “lnterlok Kekal Sebagai Teks”(Berita Harian, 26 Januari 2011), “Kasta Dalam Karya Perkara Biasa”(Berita Harian, 27 Januari 2011), “lnterlok Mangsa Prasangka Liar Manusia Jahil”(Utusan Malaysia, 21 Januari 2011), “MCA Pertahan lnterlok,Tiada Elemen Rasis”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), “Rais:’Biarkan Perenggan ltu” (Utusan Malaysia, 12 Januari 2011),”MB Perak: Jangan Apikan Sentimen Kaum” (Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), “MB Selangor Tak Setuju Haramkan”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), “Dusta Jika Anggap lnterlok Tidak Baik”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), “Gagasan Desak Kementerian Pelajaran Jangan Layan” (Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), “Persatuan Dinamik lndia Gesa Masyarakat lndia Terima Realiti Sejarah”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), “17 NGO Hantar Memorandum Pada PM,TPM”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011), dan “Laporan lnterlok ke Kabinet”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011).
Di samping itu terdapat juga berita atau rencana lain yang menyentuh kontroversi novel lnterlok yang mempopularkan semula nama Abdullah Hussain yang sudah hampir dilupakan atau tenggelam di fikiran masyarakat pembaca buku negara ini. Di antaranya termasuklah “MCA,PKR NafiTeks Bersifat Perkauman”(Berita Harian, 12 Januari 2011), “Memorandum 13 NGO Gesa Kekal Novel”(Berita Harian, 12 Januari 2011), “Laporan lnterlok Diserah ke Kabinet”Novel Cetus Kontroversi Akibat Dipolitikkan”(Berita Harian, 12 Januari 2011), “Elok Fahami lnterlok, Bukannya Bakar”(Utusan Malaysia, 12 Januari 2011),“Lihat Sisi Positif Novel lnterlok”(Harakah,17-20 Januari 2011), “Pemimpin Pakatan Rakyat Perlu Rasional Dalam lsu lnterlok”(Harakah, 17-20 Januari 2011), “lnterlok, Kayu Aras Penguji Kesabaran Setiap Ahli Masyarakat”(Harakah, 17-20 Januari 2011), “Kerajaan Mesti Pertahan lnterlok”(Siasah, 14-20 Januari 2011), “PPJ Buat Laporan Polis”(Siasah, 14-20 Januari 2011), “Saya Bukan Hina Kaum lndia-Abdullah”(Siasah, 14-20 Januari 2011), “lnterlok Mengajar Kita Dewasa”(Berita Harian, 13 Januari 2011), “Fakta Sejarah Bina Tamadun Negara”(Berita Harian, 13 Januari 2011), “Interlok Wajar Terus Jadi Teks Sastera SPM”(Berita Harian, 13 Januari 2011) dan sebagainya.
Novel lnterlok merupakan novel Abdullah Hussain yang paling panas, kontroversi dan paling mendapat perhatian daripada masyarakat hingga mendapat Iiputan paling meluas di media cetak dan elektronik mengatasi semua novelnya yang lain mahupun novel KOMSAS yang lain.
Senario ini ketara dalam berita dan rencana seperti “Tangani lsu lnterlok Bagai Menarik Rambut Dalam Tepung”(Harakah, 14-16 Januari 2011), “Dr.MariahTinggalkan Majlis Sebelum lnterlok Dibakar”(Harakah, 14-16 Januari 2011),”Interlok Ke Mana Lagi la Mahu Dibawa ?”(Harakah, 14-16 Januari 2011), “Murugiah Singgung Perasaan Masyarakat Melayu: Perkasa”(Sinar Harian, 13 Januari 2011), “IKSEP Sokong lnterlok Dikekalkan”(Sinar Harian, 13 Januari 2011), “Jangan
Pula Salahkan Saya”(Sinar Harian, 13 Januari 2011), “Kavyan Kecewa Isu Yang Menjadi Pokok Perbicaraan Terkeluar Dari Landasan Sebenar”(Sinar Harian, 13 Januari 2011), “lnterlok Mangsa Politik Sempit”(Utusan Malaysia, 13 Januari 2011), “Ramai Bertanyakan Interlok Di Kedai Buku”(Utusan Malaysia, 13 Januari 2011), “Kementerian Perlu Jaga Perasaan Kaum Sebelum Pilih Buku”(Utusan Malaysia, 13 Januari 2011), “Jangan Layan Desakan”(Utusan Malaysia, 14 Januari 2011), “Murugiah:Pengadu Ugut Bakar Bukan Saya”(Utusan Malaysia, 14 Januari 2011), “Yayasan 1 Malaysia Sokong Dialog, MIC Lantik Panel”(Utusan Malaysia, 13 Januari 2011) dan “Jelaskan Paria Elak Keliru”(Utusan Malaysia, 14 Januari 2011).
Kepopularan Abdullah Hussain ekoran kontroversi novel lnterlok karangannya ketara dalam berita dan rencana lain seperti “lnterlok Diiktiraf Sastera Nadir”(Berita Harian, 15 Januari 2011), “lnterlok,lnterlok-o-phobia Dan Sauberung Sastera”(Utusan Malaysia, 14 Januari 2011), “Tidak Perlu Pasukan Pengkaji Untuk Nilai Semula,Ubah Kandungan lnterlok:Kerajaan Jangan Ketar Dagu”(Utusan Malaysia, 13 Januari 2011), “Air Mata Sasterawan”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “lnterlok Sekadar Karya Sastera”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “lnterlok: 7 NGO Gesa Meja Bulat”(Berita Harian, 11 Januari 2011), “Di Sekitar Novel nterlok”(Berita Harian, 11 Januari 2011) dan “Novel lnterlok Mangsa Politik”
(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011).
Kemasyhuran novel lnterlok ekoran kontroversi yang tercetus embolehkan ruang sempit dan terhad terhadap perbincangan karya sastera selama ini bagaikan lebih luas dan terbuka. Hal ini ketara dengan penyiaran berita tentang Abdullah Hussain dan kontroversi novelnya lnterlok seperti “lsteri Bimbang Kesihatan Abdullah Hussain”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “Persoal Kenapa Tiada Bantahan Ketika la Diterbitkan 40 Tahun Lalu:6 NGO Pertahan Novel lnterlok” (Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “Perkasa Mahu Kerajaan Bertegas”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “Bakar Novel Tindakan Menakutkan-Mohd.Asri” (Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “Hanya Perlu Dijelaskan, Bukan Dibuang” (Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “Realiti ,Bukan Penghinaan”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “MIC Minta Ubah Kandungan”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011), “PERKASA,KEMUDI Buat Laporan Polis”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011) dan “Tak Mesti Setuju-Mariah”(Utusan Malaysia, 11 Januari 2011).
Ruang sempit dan terbatas kupasan terhadap sesebuah novel mahupun kegiatan sastera hasil daripada kontroversi ini memecahkan benteng dan tembok halangan dengan meluasnya berita terhadap novel lnterlok yang tidak dinikmati oleh novel yang lain di negara ini dewasa ini.
Hal ini ketara dalam berita dan rencana yang tersiar seperti “Tindakan Bakar lnterlok Dikutuk”(Utusan Malaysia, 10 Januari 2011),”Novel lnterlok Patut Dibaca-Baradan”(Utusan Malaysia, 10 Januari 2011), “Bakar lnterlok Biadab, Kurang Ajar-GAPENA”(Utusan Malaysia, 10 Januari 2011), “Interlok Papar Fakta Sejarah, Tidak Menyentuh Sensitiviti Kaum”(Utusan Malaysia, 10 Januari 2011), “PELITA Desak Jangan Tunduk.”(Utusan Malaysia, 10 Januari 2011 ) dan “PAS Minta Runding Isu lnterlok”(Berita Harian, 10 Januari 2011).
Ruang sempit,terhad dan terbatas terhadap bidang kesusasteraan selama ini digemparkan dengan kontroversi novel lnterlok.Hal ini ketara dalam berita dan rencana seperti “lnterlok Bela Masyarakat Bawahan Semua Kaum”(Berita Harian, 12 Januari 2011), “Temui MIC Bincang lsu lnterlok”(Berita Minggu, 16 Januari 2011), “NGO Bantah Bakar Novel “(Berita Minggu, 16 Januari 2011), “Isu lnterlok Pikat Generasi Muda Baca Sastera Melayu”(Berita Minggu, 16 Januari 2011), “Pihak Sengaja Pertikai Amalan Kasta Dianggap Buta Sejarah” (Berita Minggu, 16 Januari 2011 )”Apa Didendam Pada Sejarah ?”(Berita Harian, 17 Januari 2011) dan “Semangat Toleransi Kaum Makin Terhakis”(Berita Harian, 17 Januari 2011).
Kontroversi hebat novel lnterlok menumbuhkan minat masyarakat terhadap karya sastera dan penulisnya, Abdullah Hussain.Hal ini ketara dengan penyiaran berita dan rencana seperti berikut “Tragedi Novel Hebat Dunia”(Berita Harian, 25 Januari 2011), “lnterlok:Isi Vs Tafsiran”(Berita Harian, 24 Januari 2011), “lnterlok Tepati Teks Sastera”(Mingguan Malaysia, 13 Februari 2011), “Interlok: Apakah Sasterawan Bersedia Menyusun Tindakan Politik?”(Harakah, 4-6 Februari 2011), “Interlok:Dulu Betul Sekarang Salah?”(Siasah, 21-27 Januari 2011), “Interlok Bukan Novel Rasis-Sarjana”(Siasah, 21-27 Januari 2011), “PENA Serah Memorandum lsu lnterlok”(Berita Minggu, 6 Februari 2011),”Protes Politikkan lnterlok Jadi Pentas Kecam Pakatan”(Harakah, 24-27 Januari 2011), dan “Kebaikan lnterlok Terjejas Oleh Blow Up”(Mingguan Malaysia, 6 Februari 2011).
Kontroversi hangat novel lnterlok mendorong pelbagai lapisan masyarakat Malaysia mengetahui kewujudan novel ini dan secara langsung mengenali pengarangnya,Abdullah Hussain meskipun beliau berkarya sejak tahun 1940 lagi.Hal ini ketara dalam penyiaran berita dan rencana di pelbagai akhbar seperti “Kabinet Minta Masyarakat lndia Pilih Wakil Selesaikan Isu lnterlok Berdialog. Dengan Kementerian”(Utusan Malaysia, 13 Januari 2011), “Novel lnterlok Dibakar” (Mingguan Malaysia, 9 Januari 2011), “Hanya Boleh Mengubah Teks Novel Sekiranya Penulis Bersetuju: GAPENA Pertahankan lnterlok”(Utusan Malaysia, 8 Januari 2011), “lnterlok Jadi Mangsa Politiking”(Siasah, 7-13 Januari 2011), “Keputusan Penggunaannya Di Sekolah Diketahui Tidak Lama Lagi:Novel lnterlok Karya Bagus”(Utusan Malaysia, 6 Januari 2011), “Pertubuhan lndia Ancam Bakar lnterlok”(Siasah,7-13 Januari 2011), “Mengunci Novel lnterlok”(Berita Minggu, 8 Januari 2011), ‘PENA Mahu lnterlok Kekal Teks KOMSAS:Novel Tak Hina Mana-mana Kaum”(Berita Minggu, 9 Januari 2011), “Jawatankuasa Khas Kaji Novel lnterlok”(Utusan Malaysia, 7 Januari 2011), “Kaji Semula Novel lnterlok:TPM- Unsur Sensitif Dalam Teks KOMSAS Perlu Diteliti Elak Jejas Keharmonian Kaum” (Berita Harian, 7 Januari 2011),”Renungi lnterlok, Muhasabah Diri”(Berita Harian, 6 Januari 2011), dan “PAKSI Minta Kementerian Tolak Syor Tarik lnterlok” (Berita Harian,6 Januari 2011)
Liputan meluas dan berterusan kontroversi novel lnterlok mendorong masyarakat pembaca tercari-cari di mana boleh dibeli dan diperolehi novel ini.Hal ini merupakan semacam publisiti pasaran untuk novel lnterlok yang tidak diperoleh oleh novel lain.Telitikan berita dan rencana berikut seperti “MIC Yakin lnterlok Tidak Pengaruhi Undi”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Pak Lah Terpenjara” (Sinar Harian, 16 Januari 2011), “lnterlok Layak Digunakan Pelajar”(Sinar Harian, 16Januari 2011), “Keluarga Risau Diganggu”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Isu lnterlok Untuk Alih Masalah Sebenar”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Semakin Berhantu”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Saya Menulis Realiti Masyarakat”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “PRIMA Ajak GAPENA,PENA Berdebat”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “lnterlok ltu Sastera, Bukan Politik” (Sinar Harian, 16 Januari 2011), “PAS Anjur Pertemuan Muhibah”(16 Januari 2011), ‘GAPENA Desak TPM Ambil Tindakan”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Jangan Politikkan Bapa Saya:Thariq”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “MIC Mahu Perkataan Paria Digugur”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), ‘Kupas Secara lntelektual” (Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Dialog Kementerian MIC Minggu Depan”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Kedai Buku di Johor Bahru Tidak Pernah Jual lnterlok” (Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Abang Saya Tidak Rasis”( Sinar Harian, 16Januari 2011), “Mudah Mesra, Tidak Pilih Kawan”(Sinar Harian, 16 Januari 2011),”Interlok Tidak Ditemui di Kota Bharu”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Abdullah Cenderung Menggarap Tema Perpaduan”(Sinar Harian, 16 Januari 2011), “Novel lnterlok Tidak Dijual:Banyak Kedai Buku Enggan Menjualnya Elak Kontroversi”(Sinar Harian, 16 Januari 2011) dan “lnterlok :Dialog Dengan MIC Minggu Depan”(Mingguan Malaysia,16 Januari 2011).
Polemik dan kontroversi novel lnterlok melibatkan hamper semua golongan masyakat di negara ini yang merangsang masyarakat tercari-cari novel lnterlok.Hal ini ketara dalam berita dan rencana seperti berikut, “Mereka Salah Faham”(Mingguan Malaysia, 16 Januari 2011), “lnterlok dan Kasta”(Mingguan Malaysia, 16 Januari 2011), “Bacalah Novel Bukan Membakarnya” (Mingguan Malaysia, 16 Januari 2011), “Abdullah Sedih Keikhlasannya Dipertikai” (Siasah, 21-27 Januari 2011), “Kontroversi lnterlok Tangani Dengan Ilmiah, Jangan Dipengaruhi Politik”(Kabar, 18-31 Januari 2011), “Cerita Sebuah Tragedi” (Utusan Malaysia, 31 Januari 2011), “Persatuan Bantah Pinda lnterlok”(Utusan Malaysia, 8 Februari 2011), “Blogger Harap Karya Abdullah Hussain Tidak Disentuh,Diubah”(Utusan Malaysia, 30 Januari 2011), “MPM Bantah lnterlok Dipinda”(Utusan Malaysia, 7 Februari 2011), “Interlok Mangsa Manipulasi” (Utusan Malaysia, 17 Januari 2011), “Kementerian Pelajaran Bincang lsu lnterlok Esok”(Utusan Malaysia, 17 Januari 2011), “MBM:Tidak Rendahkan Martabat Kaum lndia”(Utusan Malaysia, 17 Januari 2011), “Apakah Sebenarnya Agenda Uthaya ?”(Utusan Malaysia, 21 Februari 2011), “Interlok Yang lnterlocking” (Utusan Malaysia, 14 Februari 2011), “Kisah lnterlok”(Utusan Melayu, 17 Januari 2011), “Sinopsis Novel lnterlok Karya Datuk Abdullah Hussain”(Utusan Melayu, 17 Januari 2011), “20 Ahli Panel Bincang Buku Teks KOMSAS”(Berita Harian, 17 Januari 2011), “lnterlok Tak Hina Martabat Kaum”(Berita Harian, 17 Januari 2011),”Rahmat di Sebalik Krisis lnterlok”(Dewan Sastera, Februari 2011) dan “Filemkan lnterlok”(Mingguan Malaysia, 27 Februari 2011).
Kontroversi novel lnterlok bertambah hangat kerana terdapat dua kumpulan yang pro dan kontra dalam mempertahankan novel itu agar tidak dipinda perkataan paria yang terkandung di dalamnya.Kumpulan yang mempertahankan novel lnterlok agar tidak diubah walau satu titik koma termasuklah NGO Melayu seperti PENA,GAPENA,PERKASA, PELITA,ASASI, KEMUDI,PPJ dan sebagainya yang berjiwa Melayu.Manakala kumpulan yang kontra dan mahukan perkataan paria dibuang atau dipinda ialah MIC,salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional sendiri.
Malah jika menurut asal kontroversi novel lnterlok itu sendiri, ahli parti MIC itulah yang memulakannya.Hal ini ketara dalam tulisan H.Fansuri yang bertajuk “Interlok: Apakah Sasterawan Bersedia Menyusun Tindakan Politik” yang menyebutkan antara lain, “Akhirnya,sedikit demi sedikit saya mengetahui kisah bagaimana lnterlok ini meletup.Khabarnya, ada seorang pengarang lndia yang menjadi Exco Pemuda MIC.Kononnya beliaulah yang menyebarkan kisah bagaimana novel ini dikatakan telah ‘menghina’ bangsa lndia di negara ini.Menjadi kefahaman umum bahawa, para pemimpin MIC ini bukanlah ahli sasterawan dan mereka bukanlah berminat sangat dengan kesusasteraan,hatta sastera lndia sendiri. Sebenarnya ,MIC bukan mewakili kaum lndia.Buktinya,tokoh gergasi MIC Samy Velly tumbang dalam pilihanraya umum lalu.Maka, tindakan Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran berbincang dengan G Palanivel MIC, lalu memutuskan pindaan ke atas lnterlok baru-baru ini masih boleh dipertikai.”(Harakah, 4-6 Februari 2011).
Sekiranya diteliti riwayat hidup Sasterawan Negara Abdullah Hussain, beliau bukanlah sasterawan yang ingin mencetuskan kontroversi dalam berkarya tetapi seorang yang ikhlas dalam berkarya apalagi beliau pelopor gaya kewartawanan baru di Malaysia.Beliau juga mempunyai tujuan murni dan positif mengarang novel lnterlok pada tahun 1967.Hal ini ketara seperti pengakuannya ,
Pada awalnya saya fikir apa yang saya mahu tulis, dan saya mahu tulis tentang pelbagai kaum di negara ini terdiri dari Melayu, Cina dan lndia.la ada tiga bahagian,bahagian lnterlok jika dibaca ketiga-tiga kaum ini boleh berkawan.ltu yang saya mahu tonjolkan, itu saja.la bukan ada apa-apa maksud terselindung.Apa yang saya hasilkan adalah orang Melayu,Cina dan lndia cuba membentuk satu identiti kebangsaan waktu lepas merdeka.Orang Melayu sebenarnya berlawan habis- habisan ketika lnggeris cuba menubuhkan Malayan Union. Tapi orang lndia dan Cina tidak terlibat sangat dalam perkara ini.Tetapi mereka tetap mengambil bahagian.Selepas British menarik balik Malayan Union, bukan orang Melayu saja yang menang tetapi orang Cina dan lndia turut menang sama.ltu yang saya cuba gambarkan.
(Mingguan Malaysia, 16 Januari 2011,hlm.7)
Kontroversi yang berterusan melanda novel lnterlok yang tidak pernah diimpikan oleh Abdullah Hussain akan berlaku dalam hidupnya menyebabkan kandungan novel lnterlok khususnya di halaman 211 dan 220 akan dipinda,diedit dan dibuang sejajar dengan keputusan Kabinet Kerajaan Malaysia untuk membolehkan ianya terus digunakan sebagai teks KOMSAS di Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan.Pembuangan perkataan paria dan beberapa yang lain daripada novel lnterlok itu ditanggapi oleh Abdullah Hussain seperti pengakuannya sendiri iaitu,
Bagi saya biarkan pihak yang berkenaan memutuskan.ltu adalah hak Kementerian Pelajaran,Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kabinet memutuskan yang terbaik.Bagi saya terpulanglah apa pun keputusannya yang penting biarlah keputusan itu yang terbaik.
(Mingguan Malaysia, 16 Januari 2011, hlm.7)
Novel lnterlok karya Abdullah Hussain memang amat memperjuangkan perpaduan kaum di negara Malaysia yang tercinta ini tetapi menjadi mangsa politik MIC yang melihat ada keuntungan politik sekiranya memanipulasikan novel tersebut sebagai senjata politik dalam suasana politik Melayu yang menurun, lemah dan berpecah –belah dewasa ini.Sekiranya ditinjau bahagian akhir novel lnterlok karya Abdullah Hussain memang terlihat jelas unsur perpaduan kaum di negara berbilang kaum ini seperti ketara dalam petikan berikut,
Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitar telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Ching Huat berkeras menolaknya.Dia mahu membeli sendiri.Dia ada wang.Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan Raman pun berkeras jugaMereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diteruskan kepada Yew Seng, dan dia memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh masyarakat Melayu dan lndia.Masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. ltulah kaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang. Yew Seng berpaling ke arah Seman dan melambai- lambai.Seman dan anaknya ikut membalas lambaian itu.
(Interlok(edisi murid), 2010: 418)
4.0 Perbandingan Kontroversi Novel Shit(Shahnon Ahmad) Dengan Novel lnterlok(Abdullah Hussain)
Kontroversi novel Shit(Shahnon Ahmad) yang tercetus pada tahun 1999 telah menyebabkan novel itu dicari-cari ramai orang sama ada ahli-ahli parti politik kerajaan(khususnya UMNO) mahupun parti pembangkang (khususnya PAS) yang melihat novel itu membantu secara tidak langsung membantu perjuangan mereka untuk menurunkan kuasa mengundi rakyat agar memihak kepada mereka.Kontroversi novel Shit menyebabkan novel itu disebut oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad(bekas Perdana Menteri ) di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1999.Meskipun ada desakan agar novel itu diharamkan, Parti UMNO bersifat terbuka dengan terus membiarkan novel itu dibaca oleh rakyat jelata meskipun banyak menyindir keburukan Parti UMNO dan Barisan Nasional.
Kontroversi novel Shit menyebabkan Shahnon Ahmad terpaksa melepaskan dan meletakkan jawatan sebagai pensyarah USM dan Pengarah Pusat lslam dan menceburkan diri sepenuhnya dalam parti politik PAS.Beliau sempat menjadi Ahli Parlimen Kawasan Sik,Kedah selama sepenggal sahaja dan kemudiannya menumpukan sepenuh masa kepada dunia penulisan yang lebih serasi dengan jiwanya bukan dunia politik yang penuh intrig dan cabaran hebat.
Kontroversi novel Shit tidak ada menyebabkan novelnya dipinda isi kandungannya tetapi dibiarkan bebas beredar di pasaran terbuka untuk dibaca oleh mereka yang berminat dengannya.Hal ini sejajar dengan kebebasan berkarya dan pendemokrasian pembacaan sewaktu era Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Manakala kontroversi novel lnterlok karya Abdullah Hussain dicetuskan oleh masyarakat lndia khususnya Parti MIC dengan menjadikan novel ini sebagai mangsa politiknya untuk kepentingan strategi politiknya.Manakala ahli serpihan Hindraf meminta novel ini diharamkan dan tidak digunakan sebagai teks KOMSAS.
Sesuatu yang menarik kebanyakan parti-parti politik seperti MCA, PKR, PAS, UMNO ,dan sebagainya menyokong novel ini terus digunakan sebagai teks KOMSAS.Begitu juga NGO-NGO Melayu yang lain seperti PENA,GAPENA,PERKASA,PKPIM,PPJ,KEMUDI,ASASI, PELITA,PAKSI dan sebagainya menyokong novel lnterlok terus digunakan sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima untuk bacaan para pelajar sekolah.
Bagaimanapun sesuatu yang bersifat tragedi bagi novel lnterlok ialah beberapa kandungannya di halaman 211 dan 220 terpaksa dipinda menurut arahan Kabinet Malaysia sebagai tolak ansur untuk membolehkan ianya terus digunakan sebagai teks KOMSAS di Tingkatan 5 sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.Pindaan halaman 211 khususnya perkataan “paria” dan halaman 220 yang ada kaitan dengan kepercayaan Hindu atau lainnya merupakan pengorbanan seorang Sasterawan Negara Abdullah Hussain terhadap tuntutan Parti MIC sebagai syarat penggunaannya agar terus digunakan apalagi kerajaan telah berbelanja besar untuk mencetak novel ini sebagai Skim Pinjaman Buku Teks.Begitu juga novel ini sangat penting untuk generasi baru (pelajar Tingkatan 5) masa kini tahu asal-usul sejarah pembentukan negara bangsa Malaysia.
5.0 Sumbangan Kontroversi Novel Shit (Shahnon Ahmad) dan Novel lnterlok
(Abdullah Hussain) Kepada Pengajian Kesusasteraan dan Bahasa Melayu
Kontroversi yang melanda kedua-dua buah novel ini mendorong masyarakat pembaca tertanya-tanya bagaimana ianya boleh diperolehi,dibeli dan dimiliki untuk dibaca dan diketahui kandungannya.Kontroversi yang tercetus ini secara tidak langsung menyuburkan minat masyarakat untuk membaca karya-karya sastera yang menjadi bahan berita di akhbar,media elektronik,laman blogger dan sebagainya.
Kontroversi novel Shit pada era 1999 mencetuskan perdebatan ilmiah dan popular sama ada di institusi pengajian tinggi atau institusi ilmu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan ldris, seminar-seminar sastera dan pentas-pentas politik.Begitu juga ada yang membuat kajian di peringkat ijazah sarjana muda,sastera dan ijazah doktor falsafah terhadap novel Shit dalam bahagian tertentu tesis mereka kerana ianya adalah sejarah intelektualisme bangsa Melayu dan negara Malaysia yang wajar didokumentasikan dan kemudiannya diterbitkan sebagai buku untuk bacaan umum masyarakat Malaysia.
Begitu juga kontroversi novel lnterlok yang melanda pada awal tahun 2011 mendorong pelbagai diskusi,wacana dan perdebatan ilmiah diadakan tentang isi kandungan novel ini sama ada di Rumah PENA, Kuala Lumpur, Rumah GAPENA Kuala Lumpur, Balai Berita The News Straits Times Press Bhd,Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian,lpoh,Perak dan sebagainya.Penglibatan pelbagai golongan sarjana, penulis dan pemikir yang membicarakan novel lnterlok daripada pelbagai tafsiran dan sudut pandangan mendorong kebangkitan intelektualisme dan minat mendalam terhadap karya sastera khususnya lnterlok.
Kontroversi novel lnterlok juga mendorong beberapa orang penulis dan penerbit menghasilkan beberapa buah buku untuk merakamkan dan mendokumentasikan peristiwa bersejarah ini untuk rujukan generasi terkemudian tentang kehebatan novel lnterlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Beberapa buah buku sedemikian khabarnya akan dilancarkan di Pesta Buku Kuala Lumpur pada bulan April 2011.
Kontroversi novel lnterlok juga mendorong kepentingan mempelajari ilmu sejarah tentang sejarah asal-usul kedatangan kaum lndia, China dan lainnya ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan ke-20.Hal ini sejajar juga dengan langkah mewajibkan subjek Sejarah(2012) sebagai wajib lulus di peringkat SPM agar rakyat dan generasi muda negara ini tidak buta sejarah, sedar asal-usul diri mereka dan tidak menuntut yang bukan-bukan seperti yang berlaku sekarang sedangkan bangsa Melayu adalah penduduk asal negara ini.
Kontroversi novel lnterlok secara tidak langsung memantapkan minat masyarakat terhadap pengajian kesusasteraan dan bahasa Melayu yang selama ini kian terpinggir dan dipinggirkan oleh masyarakat yang semakin bersifat kebendaan dan kekeringan sifat-sifat kemanusiaan.Hampir semua lapisan masyarakat bercakap tentang novel lnterlok,keunikannya dan kegilaan orang yang ingin memanipulasikannya untuk tujuan ,strategi dan kepentingan masing-masing.Hikmah kontroversi novel lnterlok mendorong secara tidak langsung perlunya menghargai karya sastera, pengarangnya dan isi kandungannya sama ada difahami atau tidak oleh pembacanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat pembaca.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, secara perbandingannya kontroversi novel lnterlok jauh lebih menyeluruh berbanding novel Shit dalam memasyarakatkan bidang kesusasteraan dan bahasa Melayu kerana kelebihannya digunakan sebagai teks sastera KOMSAS Tingkatan 5 di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya. Pasaran dan lingkaran pembacanya jauh lebih luas dan wajib lulus di peringkat SPM berbanding novel Shit yang lebih bersifat umum.Bagaimanapun kontroversi yang tercetus daripada kedua-dua novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara yang berasal dari negeri Kedah Darul Aman ini mencetuskan minat masyarakat untuk mencari,membeli dan membaca novel itu sebagai santapan minda dan rohani mereka untuk memperkayakan jiwa,kemanusiaan dan pemikiran masyarakat pembaca.
Bibliografi
Abdullah Hussain, 1996.lnterlok(Edisi Khas Sasterawan Negara). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hussain, 2010. lnterlok(Edisi Murid). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd.Yusof Hasan, 2009. Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan ldris.
Shahnon Ahmad, 1999. Shit. Kubang Kerian, Kelantan: Pustaka Reka.
Talib Samat, 2010. Naratologi Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tanjong Malim, Perak
26 Februari 2011