Klik Jangan Tak klik!

Followers

Tuesday, November 16, 2010

MUHAMMAD HAJI SALLEH.

Muhammad Haji Salleh merupakan  seorang sasterawan negara yang  telah menggilap bakatnya sejak tahun1960-an lagi. Muhammad Haji Salleh telah menerima  anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1991.  Tokoh yang tidak asing lagi ini dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan  awal di High School Bukit Mertajam dan Makhtab Melayu Kuala Kangsar.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura dan memperolehi  Ijazah Sarjana  Muda Sastera.  Pada tahun 1970, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan pada tahun 1973, beliau memperolehi Ph.D dari Universiti Michigan Amerika Syarikat.  Beliau pernah juga dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University , Amerika Syarikat.

Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains  Malaysia. Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan.  Berdasarkan latar belakangnya, ternyata Muhammad Haji Salleh seorang yang mempelajari bidang kesusasteraan bersasaskan pandangan intelektual. Oleh itu beberapa orang tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam dunia kritikan seperti Sohaimi Abdul Aziz, Anwar Ridwan serta Mana Sikana berpendapat bahawa Muhammad Haji Salleh adalah seorang tokoh yang juga merupakan seorang pemikir dan juga pencari yang tidak jemu-jemu merantau untuk mendalami bidang kesusasteraan di seluruh pelosok dunia.

Pada umumnya, kegiatan Muhammad Haji Salleh adalah lebih tertumpu kepada puisi.  Beliau mula menulis sajak ketika beliau mencari ilmu di luar negara lagi.  Beliau meminati puisi kerana baginya sebuah makna yang menjadikan seseorang itu lebih bijaksana apabila membacanya. Hal ini kerana penyair menyedarkan kita kepada sesuatu masalah , dan memastikan sesuatu persoalan itu betul-betul diselesaikan.



Justeru, bagi Muhammad Haji Salleh, puisi haruslah ditulis dengan ungkapan yang  bermakna tidak hanya dengan ungkapan yang romantik semata-mata. Kumpulan sajaknya ialah Sajak-Sajak Pendatang yang dianggap berbeza dengan sajak-sajak yang dicipta oleh penyair-penyair semasa atau sebelumnya. Sajak-sajak Pendatang mengandungi sajak-sajak yang kukuh.  Kumpulan sajak-sajak ini iaitu Sajak-Sajak Pendatang  bukan sahaja memperlihatkan gaya dan peribadi penyair tetapi merupakan satu konsep puisi yang menggunakan kata-kata tepat, fungsional dan berkesan

Begitu juga halnya dengan sajak-sajak yang terdapat dalam buku kumpulan puisinya Buku Perjalanan si Tanggang 2.  Buku ini juga telah diterbitkan dantelah dipilih oleh ahli Panel Hadiah Karya Sastera bagi kumpulan sajak terbaik bagi tahun 1975. Sebuah lagi kumpulan sajaknya ialah Ini Juga Duniaku.

Sajak-sajak dalam kumpulan ini juga tidak lari daripada konsep puisi yang dipegang oleh Muhammad Haji Salleh tentang peranan sesebuah sajak kepada masyarakat.  Di samping itu Muhammad Haji Salleh mempunyai kemampuan bahasa yang kuat untuk menterjemahkan pelbagai bahasa selain daripada bahasa Melayu..

Muhammad Haji Salleh juga seorang sarjana sastera yang telah menghasilkan karya sasteranya serta beberapa buku ilmiah seperti ,The Mind of The Malay Author .  Beliau juga turut menulis buku Puitika Sastera Melayu, yang merupakan buku teori dan kritikan sastera yang sering menjadi rujukan para pengkritik karya kesusasteraan.

Oleh itu, tidak hairanlan mengapa Panel Anugerah Sastera Negara memutuskan untuk memberikan anugerah Sasterawan Negara kepada beliau di usia paling muda. Muhammad Haji Salleh juga dilihat sebagai tokoh yang turut menulis pantun dan sastera sejarah serta telah melibatkan diri dalam menghasilakn teori sastera Melayu lama.(Sohaimi AbdulAziz,2003:5)



ARENA WATI

Arena Wati merupakan seorang penerima Anugerah Sasterawan pada rahun1987. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Biang atau Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung. Nama pena beliau ialah Duta Muda dan Patria. Beliau lahir pada 30 Julai 1925 di Kalumpang, Kapubaten Janeponto,Makasar Indonesia. Beliau meninggal dunia pada 25 Januari 2009. 

Latar belakang pendidikan beliau ialah, pada awalnya beliau bersekolah di Sekolah Belanda di Makasar tetapi tidak tamat kerana meletusnya peperangan. Cita-citanya ingin menjadi pelaut yang berjaya. Beliau terus bekerja membawa dan menghantar barang dagangan dengan menggunakan kapal layar. Begitulah serba sedikit tentang kehidupan beliau semasa awal kehidupannya di  usia mudanya, di kampungnya Makasar Indonesia.

Ketika beliau berumur 17 tahun, beliau dilantik menjadi nakhoda. Walaubagaimanapun, keinginannya untuk menjadi Gunner dalam sebuah kapal besar tidak kesampaian.  Ini menyebabkan beliau kembali pulang ke Makasar.  Setelah didesak oleh keluarganya agar meneruskan pelajarannya, akhirnya,beliau bersetuju belajar di Sekolah Menengah Islam dan seterusnya ke Sekolah Menengah Atas, tetapi malangnya pelajarannya di sekolah tersebut tidak sempurna.

Setelah tidak dapat meneruskan pelajarannya dengan baik, beliau kemudian bekerja sebagai Timbalan Ketua Perancangan dalam Angkutan Angkatan Darat Tomotrium 4. Pernah juga beliau mengikuti kursus persediaan menjadi seorang diplomat tetapi tidak berminat dalam pekerjaan tersebut.

Beliau akhirnya ke Singapura untuk menyertai bidang Persuratkhabaran. Dalam bidang ini beliau pernah bekerja dengan beberapa syarikat penerbitan sperti Royal Press, Penerbit Harmy, Penerbit Melayu Johor,di Johor Bahru, Pustaka di Kuala Lumpur dan Percetakan  Light di Brunei. Seterusnya, pada tahun 1974, beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Yayasan Sabah.

Sementara, dalam bidang kesusasteraan, Arena Wati menulis cerpen dan novel. Di samping itu, beliau juga bergiat dalam menulis karya umum.  Penulisannnya banyak mengambil pengalamannya sebagai pelaut seperti cerpennya Kenang-Kenangan dan Kisah Tiga Pelayaran.  Di samping itu juga, beliau  turut membawa persoalan-persoalan pendidikan  seperti cerpen Cikgu Rukiah. Turut dibawanya dalam hasil karyanya ialah alam sekolah dan alam kehidupan wanita.

Beliau juga turut membawa persoalan-persoalan politik seperti cerpen Malay Street, Dialog dan Seruling Dari Mekong yang membawa persoalan kemanusiaan dan falsafah seperti dalam cerpen Laporan Dan Hayat, Muara Sebatang Lorong dan Jawapan.

Sehingga kini, Arena Wati telah menghasilkan 3 antologi cerpen iaitu, Tingkah Manusia, Burung Badai dan Johor Bahru. Beliau telah menghasilkan  enam buah novel iaitu, Kisah Tiga Pelayaran, Jalan Malam Ke Ibu Kota, Gelora, Lingkaran, Gandaria, Sandera dan banyak lagi.

Sementara karyanya dalam penulisan umum pula ialah Perkembangan Kesusasteraan Melayu, Rampai-Rampai Melayu Lama, Bunga Rampai Dongeng Melayu dan Cerpen Zaman Jepun. Karyawan yang telah teliti,gigih dan tekun.  Dengan demikian, beberapa karyanya telah berhasil mengangkat namanya. Novelnya yang berjudul Lingkaran, telah memenangi saguhati Peraduan Mengarang novel anjuran Dewan Bahasa  dan Pustaka pada tahun 1962.

Novel Sandera pula memenangi tempat ketiga dalam Peraduan Mengarang Novel dan Cerpen terpilih memenangi Hadiah Karya Sastera seperti Wisata(1971), Bukan Satu Jalan Ke Mekah dan Alun Menggulung Perlahan pada tahun 1972.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates